Ramai yang tumpang simpati dengan Fazley Yaakob sewaktu pusingan penyingkiran. Sekali ini teguran warganet.

Business

Ramai yang tumpang simpati dengan Fazley Yaakob sewaktu pusingan penyingkiran. Sekali ini teguran warganet.

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berada di kedudukan dua terbawah dalam konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, malam tadi.

Ramai yang tumpang simpati dengan Fazley Yaakob sewaktu pusingan penyingkiran. Sekali ini teguran warganet.



Bagaimanapun, penyanyi yang membawakan lagu ‘Laguku Untukmu’ dendangan asal Hasnol itu mengundang rasa kasihan penonton apabila dipanggil terlalu awal untuk naik ke atas pentas bagi pusingan penyingkiran.

ARTIKEL MENARIK:Sambut ulang tahun kelahiran di sebuah hotel mewah. Ramai warganet terkejut tengok bilangan kek anak Rozita Che Wan.
loading...




Difahamkan, pihak produksi telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) dimana hanya empat individu sahaja dibenarkan untuk berada di atas pentas dalam satu-satu masa.Meninjau pendapat warganet di laman Twitter, rata-rata meluahkan bahawa penyanyi lagu Asmara Ini itu terpaksa berdiri lama bagi menunggu nasib sekiranya memperoleh lagu bagi bertanding ke minggu seterusnya.



Warganet berkata, justeru bapa kepada empat cahaya mata itu terpaksa ‘berlawan’ emosi sekali gus menahan malu sebelum nama beliau akhirnya dipanggil kerana terselamat daripada markah tercorot. Kesian, lama2 atas pentas! Jaga la air muka artis tu… Berdiri dari awal sampai habis.


Tiada Tersingkir Konsert Kedua GV8, Ini Respon Ramli MS – “Mungkin Minggu Depan Penyingkiran Secara ‘Berjemaah’, Saya Tidak Tahu.”

Maestro muzik selaku juri tetap program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS tidak menolak kemungkinan akan ada seorang atau lebih bintang GV8 yang bakal tersingkir, minggu depan. Menurut Ramli, ini kerana sepanjang dua minggu konsert, masih tiada sebarang penyingkiran yang berlaku.

“Perkara itu (tiada penyingkiran) perlu ditanya kepada pihak produksi, keputusan di tangan mereka. Jika tiada penyingkiran, maknanya tiadalah. Mungkin minggu depan penyingkiran secara ‘berjemaah’, empat sekali saya tidak tahu,” katanya. Ditanya mengenai prestasi kesemua bintang minggu ini, Ramli menyifatkan persembahan mereka lebih baik berbanding minggu pengenalan. Much better. Kami para juri memang mahukan lebih lagi dan nampaknya mereka semakin selesa. Bukan selesa itu mereka sudah ‘relak’, tetapi selesa dalam segi keadaan persembahan di pentas GV,” katanya.

Selain Ramli, kesemua bintang GV8 diadili dua juri profesional lain iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap. Minggu ini, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar diundang sebagai juri jemputan dan diacarakan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV musim ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi. Program tersebut membariskan 13 penyanyi yang menyaksikan persaingan tiga penjuru yang disertai artis-artis dari negara ini termasuk Indonesia dan Singapura. Minggu ini menyaksikan Aliff Aziz sekali lagi memperolehi markah tertinggi dengan 81 peratus sementara Nico berada di kedudukan paling corot di kalangan semua bintang bertanding iaitu 52.90 peratus. Sumber : Trending Sangat

Terkejut Bila Datin Alyah Dedahkan Setiap Kali Gegar Vaganza Kembali Mesti Benda Ni Yang Berlaku.

Penyanyi Datin Alyah sudah terbiasa dengan rutin kesibukan suaminya, maestro muzik Datuk Ramli MS yang akan terbatas ruang waktunya setiap kali tiba musim Gegar Vaganza (GV). Jelas Alyah, program realiti hiburan tahunan itu sudah menjadi sebahagian rutin dalam kehidupan rumah tangganya bersama Ramli. Malah, Alyah turut menyokong rakan seperjuangan yang turut sama bertanding dalam program itu.

Jarang dapat makan luar sama-sama. Iyelah, kata orang ia acara tahunan. Jadi jadual Tok Ram agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya. “Saya sedia maklum dengan situasi itu. Malah Aqil (anak saudara) yang sering isi masa bersama kami pun sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap ‘uncle’ sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan ‘video call’.

“Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun turut sama beri komitmen yang tinggi. Masing-masing cari rezeki,” katanya. Alyah ditemui pada majlis memeterai perjanjian antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor, pada Jumaat.

Sesi tersebut dilihat sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Datin Alyah bersama Kamya Glow di dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Bintang asal Johor ini juga percaya semua orang sukakan kecantikan. Oleh itu, kandungan ekstrak dan organik yang baik menerusi Kamya Glow serta kolagen marin di dalamnya dapat membantu menyelesaikan masalah kulit kusam, jeragat, jerawat, parut hitam dan sebagainya.




Sementara itu, majlis sama turut melancarkan kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ yang mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk Kamya Glow selama sebulan secara percuma. Lalu, 10 pengguna bertuah akan memenangi hadiah berbentuk emas (gold bar), voucher membeli-belah dan hadiah utama berupa percutian ke Langkawi.

Informasi lanjut mengenainya boleh diikuti menerusi laman Instagram dan website rasmi mereka. Alyah bersama pihak Kamya Glow turut membuka peluang kepada mana-mana pengguna untuk mengambil peluang meningkatkan pendapatan menerusi program ‘dropship’ dan ejen yang sedia ada. Lebih menarik, pihaknya juga bakal mengadakan promosi jualan akhir tahun pada Disember ini bersama pelbagai kejutan yang menanti pembeli.

Sumber : GEMPAK

Datin Alyah Sambut Hari Jadi Tok Ram. Tapi Ucapan Alyah Buat Tok Ram Memang Romantis Betul.

Penyanyi Datin Alyah menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Ramli MS pada Selasa. Malah, video serta foto kandid sekitar majlis turut dikongsikan penyanyi Jutaan Purnama ini menerusi Insta Stories. Sementara itu di dalam platform sama, Alyah turut menitipkan doa serta dedikasinya buat suami tercinta. Disambut secara sederhana tetapi meriah, sambutan berkenaan turut dihadiri rakan terdekat termasuk penyanyi, Ayu Damit.

“Happy birthday. Semoga sentiasa berada dlm Rahmat Allah SWT dan sihat selalu. Terima kasih jaga dan sayang saya, selalu masakan untuk saya sampai gemok saya,” tulisnya seloroh sambil memberikan kredit. Meninjau ke ruangan komen terhadap video yang awalnya dikongsikan menerusi Tik Tok itu, para peminat turut mengucapkan selamat ulang tahun selain mendoakan yang baik-baik buat Ramli seisi keluarga.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MH

Bukan Calang Calang Individu Yang Beri Ucapan Buat Pak Nil Ni. Sekali Pak Nil Kongsi Ucapan Dari Seseorang Ini Sempena Hari Jadi Ke 59.

Pengacara tersohor negara Datuk Aznil Nawawi berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya hari ini. Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nik berkongsi video ucapan daripada Ismail Sabri sempena hari jadinya yang ke-59 tahun. “Hai Pak Nik, selamat hari jadi. Semoga panjung umur, murah rezeki dan terus cemerlang. Okay Pak Nil selamat hari jadi,” ucap Ismail Sabri dalam video tersebut.

Menganggap ucapan itu sebagai satu kenangan istimewa, Aznil memuat naik video tersebut dalam media sosial miliknya sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Bahkan, bekas pengacara program reality Akademi Fantasia itu juga berseloroh apabila meminta stesen televisyen untuk membuat liputan tentang ucapan daripada Perdana Menteri itu.

“Buletin Utama (TV3) dan Astro Awani tak nak buat liputan pasal video ini ke? Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas ucapan,” tulis Aznil. Sekadar info, Aznil yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dilahirkan pada 6 November 1962 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Aznil memulakan kerjaya penyiarannya pada tahun 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di TV3. Sepanjang berada di bawah bumbung stesen penyiatan swasta itu, Aznil pernah mengendalikan beberapa rancangan hiburan popular, antaranya Melodi dan Pop Kuiz. Sumber – K! ONLINE  via Era Kini


-----------------------------------------------------------------