Sambut ulang tahun kelahiran di sebuah hotel mewah. Ramai warganet terkejut tengok bilangan kek anak Rozita Che Wan.

Business

Sambut ulang tahun kelahiran di sebuah hotel mewah. Ramai warganet terkejut tengok bilangan kek anak Rozita Che Wan.

Sambutan hari lahir adalah peristiwa yang cukup bermakna bagi setiap ibu bapa. Sama ada besar, kecil atau sederhana meraikannya; ia adalah signifikan sebagai tanda kesyukuran melihat anak-anak yang kian membesar dihadapan mata.

Sambut ulang tahun kelahiran di sebuah hotel mewah. Ramai warganet terkejut tengok bilangan kek anak Rozita Che Wan.



Dari satu angka ke satu angka, meningkatnya usia anak diiringi doa yang takkan pernah putus daripada ibu bapa. Dan setiap kali tibanya bulan November pasti pengikut setia dan peminat si cilik Aaisyah Dhia Rana tertunggu-tunggu. Teruja mahu lihat bagaimana satu-satunya puteri kesayangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin diraikan hari lahirnya.

ARTIKEL MENARIK:Terkejut bila Datin Alyah dedahkan setiap kali Gegar Vaganza kembali mesti benda ni yang berlaku.
loading...


Anak kepada dramatis terkenal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketujuh dengan tujuh biji kek.

Menerusi laman sosial Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta berkongsi momen-momen bersama anak perempuannya itu untuk tatapan umum.

“7 tahun, 7 birthday kek. Pengsan mak hang @aaisyahdhiarana111,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.

”Cantik dan manis ditatarias jurusolek Kasih Cicie juga didandan oleh Othong Danish, untuk sambutan hari lahir ke tujuh ini. Dalam sebuah majlis hari jadi yang diadakan di sebuah hotel mewah di ibu negara itu, Aaisyah cukup menyerlah apabila mengenakan gaun labuh biru dengan solekan tipis di wajahnya.


Antara kek yang disediakan adalah berbentuk sangkar, kek dua tingkat, kek dengan hiasan bunga ros, kek dengan hiasan huruf A dan banyak lagi.

Majlis dengan tema warna biru dan merah jambu itu juga turut diraikan oleh Zain Saidin, kedua-dua abang Aaisyah serta adik-beradik Che Ta yang lain.



Komen Warganet

Sementara itu di ruangan komen, tujuh kek hari jadi tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya menyokong tindakan tersebut memandangkan Aaisyah anak bongsu seorang.

Tidak kurang juga ramai yang menitipkan ucapan hari lahir buat Aaisyah beserta dengan doa yang baik-baik.


“Untungnya dapat 7 kek! Hari ni birthday saya jugak. Jangan kata kek, yang wish pun boleh kira pakai jari ja,” luah seorang wargamaya.

“Tuuuu dia kak nanti 30 dapat 30 kek juga tau Aaisyah sayang,” usik seorang wargamaya.

“Takpe, kek untuk anak bongsu seorang,” sokong seorang wargamaya.

“Hujung jari mak hang ja Cah 7 kek tu, apa la sangat kan mak,” kata seorang wargamaya.

“Banyaknya kek. Ingat kena sambut 7 hari berturut-turut,” komen seorang wargamaya.

“Jenuh mak hanggg, btw happy birthday princess,” tulis seorang wargamaya lagi.


Sekadar info, Rozita, 48, dan Zain, 37, mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah yang kini berusia tujuh tahun.

Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 25, dan Aniq Ezzra, 23, menerusi hasil perkahwinan pertamanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Dulu Sanggup Beratuh Bergambar Dengannya. Tak Sangka Sekarang Dapat Berlakon Sama. Rupanya Rozita Che Wan Peminat Setia Fauziah Latiff.

Selain pernah mengkagumi bakat Ziana Zain, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta turut mendedahkan dirinya begitu meminati Fauziah Latiff (Jee).

Malah peluang untuk bersama-sama dengan penyanyi senior itu menerusi drama Tahyul terbitan Zeel Production yang kini bersiaran di slot Samarinda TV3 menjadi satu peluang yang sukar dilepaskan.

Drama 15 episod arahan Junaime Ramfizal Rahmat atau Che Mie itu ketika ini masih menjalani penggambaran di Perlis.

Menurut Che Ta, selain menerima tawaran tersebut kerana turut dibarisi pelakon seperti Jee, peranan sebagai Detektif Masni juga menarik perhatiannya.

“Ikutkan saya jarang memegang watak seperti polis atau perisik. Begitu juga detektif. Sebelum ini dalam drama Gerak Khas pun saya pernah muncul jadi Deputi Superintenden Polis untuk beberapa episod.

“Sebelum itu, karakter Kiah Pekasam juga diperluaskan menjadi Kiah Spy. Saya juga pernah jadi ‘spy’ dalam drama Family Spy yang turut dibintangi Alif Satar.




“Apabila ditawarkan watak detektif, saya nampak kelainan untuk mempertimbangkan drama Tahyul. Masa baca skrip, saya tanya siapa pegang watak Puan Qaseh. Apabila diberitahu ia dilakonkan Jee, tak ada sebab saya nak menolaknya,” katanya.

Ketika zaman kemuncak kerjaya nyanyian Jee, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui tidak ketinggalan membeli kaset Jee.


“Boleh kata semua koleksi lagunya yang meruntun jiwa saya ada. Malah saya pernah beratur semata-mata nak bergambar dengannya di sebuah karnival persembahan di Alor Setar, Kedah.

“Saya pernah disatukan dengan Jee dan Ziana dalam sebuah fotografi kulit muka depan majalah fesyen dan kecantikan. Tak sangka dapat pula berlakon dengan Jee buat kali pertama,” katanya.

Tahyul turut dibintangi Aniq Suhair, Cik B, Wani Kayrie, Ahmad Adly Sofwan, Shah Khan, Tania Hudson, Aidit Noh dan ramai lagi.Dalam pada itu, ketika sektor kreatif diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan sejak 9 September lalu, Che Ta bersyukur kerana dihujani pelbagai tawaran drama.

Selain Tahyul, isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu turut melunaskan penggambaran drama Kerana Dia Suka juga di Perlis terbitan produksi sama.

Malah Che Ta membawakan watak sebagai perempuan tua bernama Hajah Mariah. Turut sama berlakon ialah Fendi London, Fendi London, Rita Nadira dan Fikry Ibrahim.


“Macam saya selalu tekankan sebelum ini, akan ada salah anggap dan tafsir terhadap insan bernama Rozita Che Wan.  Selalu akan fikir kalau saya berlakon kena cantik sepanjang masa.

“Malah sampai ada cakap, saya menjadi diri sendiri. Realitinya memanglah saya Rozita Che Wan. Tapi saya akan berlakon ikut karakter diberikan. Malah’ look’, solekan dan warna baju pun produksi tentukan.

“Dalam drama Kerana Dia Suka, saya memang berbeza daripada watak lain termasuk Detektif Masni,” katanya lagi.

Sumber: Mediahiburan.

Rupanya Zain Saidin Pun Kena. Che Ta Bongkarkan Apa Yang Azwan Ali Dah Buat Pada Dia Dan Suami.

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Rozita Che Wan, 49, atau Che Ta memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Jalan Travers, di sini, hari ini berhubung laporan polis yang dibuat pengacara kontroversi, Azwan Ali terhadapnya.

Che Ta ketika ditemui berkata, dia hadir untuk memberi keterangan berdasarkan apa yang dilaporkan Azwan sebelum ini. “Saya sudah berikan kerjasama yang baik dengan pihak polis dan ia berjalan lancar,” katanya. Bagaimanapun, Che Ta enggan mengulas lanjut mengenai laporan polis dibuat Azwan Ali yang mendkwa Che Ta menulis kenyataan berunsur ftnah terhadap pengacara terbabit.

Che Ta yang ditemui selepas selesai memberikan keterangan berkata, peguamnya menasihatkan supaya tidak bercakap apa-apa sehinggalah perkara ini selesai. Terdahulu, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar tiba di IPD berkenaan pada jam 12 tengah hari ditemani suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin dan pengurusnya, Afeeq Wahab.

Kedua-dua mereka turut diambil keterangan oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Isu terbabit tercetus apabila Azwan menerusi akaun Twitter memberikan komen keterlaluan terhadap gaya pemakaian Che Ta ketika mengambil vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), baru-baru ini.

Dia juga menulis perkataan kurang sopan terhadap Che Ta dan ibunya, Zabedah Saad membuatkan Che Ta hilang sabar. Che Ta berkata, dia sebenarnya tidak mahu perkara itu berpanjangan dan atas sebab itu, dia tidak membuat laporan polis dan mengambil tindakan saman sebelum ini.

“Tapi dia (Azwan) yang buat laporan polis terlebih dulu. Saya datang sini beri kenyataan. Tengoklah proses seterusnya,” katanya. Katanya, seboleh-bolehnya dia tidak mahu mencari musuh dalam industri hiburan ini. “Kita hanya manusia. Nabi Muhammad SAW pun boleh ampunkan orang yang caci maki Baginda. Apatah lagi kita yang tiada apa-apa. Dia pun dalam industri yang sama.

“Kenapa kita nak kena ada musuh? Semua tahulah sekarang akhir zaman. Kenapa nak buat musuh. Tak berbaik tidak apa jangan nak ada musuh. Kalau dia nak berbaik, saya tiada masalah pun. “Kita tak pernah brblah. Zain pun diambil keterangan. Dia mengata Zain tapi Zain tak balas. Kalau dia teruskan ambil tindakan, kita ikut arus dan selesaikan secara undang-undang. Kalau nak saman pun bukan ambil masa yang singkat untuk selesai,” katanya.

Che Ta mengakui hubungan dia dengan Azwan selama ini berlangsung seperti biasa tanpa ada sebarang masalah. “Saya jadi tetamu program Lagu Cinta Kita (LCK) yang dihoskan Azwan. Kemudian kami jumpa dalam program Pong Pang Rizalman Raya.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jun lalu, kami terb.abit untuk program masakan YouTube Rosix. Ketika itu semuanya okey. “Dia kata dah pindah. Apabila dah siap rumah nak ajak datang. Sampailah nampak dia muat naik hantaran mengena perkara ini, tapi tiada ambil t.indakan,” katanya.

Che Ta berkata, dia kemudian memadam semula balasan itu selepas perasaannya kembali tenang. “Biasalah kita dalam keadaan marah. Bila dah cool saya malas nak layan dan malas nak berpblah serta panjangkan cerita,” katanya. Terdahulu, menerusi laporan polis yang dibuat,

Azwan menyifatkan kenyataan yang ditujukan kepadanya adalah berunsur ftnah sehingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni. Dia bercadang untuk mengemukakan saman berjumlah RM 5 juta kepada Che Ta yang mewakili lima juta pengikut Instagram Che Ta.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Boleh pula Diva AA kritik Che Ta gara gara pakaian ke PPV. Sekali Che Ta tampil balas balik apa yang Diva AA kata.

‘Orang macam hang patut tanam hidup-hidup’

Nama selebriti terkenal, Rozita Che Wan, 49, sekali lagi meledak dan menjadi bualan warganet dalam media sosial selepas dia bertindak membalas kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pengacara popular Azwan Ali semalam. Tidak berdiam diri apabila dilemparkan kata-kata kesat, Rozita atau lebih popular sebagai Che Ta menerusi tangkap layar InstaStory yang tular dalam Twitter berkata Azwan tidak sepatutnya mempertikaikan busana yang dipakainya.


“Tak payahlah melalak pasal akulah. Aku nak pakai apa pun, bukan guna duit mak bapa dan keturunan hang,” tulis kakak kepada aktres Ayu Raudhah itu. Dalam hantaran sama, Che Ta berkata individu seperti Azwan tidak sepatutnya masih ada lagi di muka bumi.

“Rakyat macam hang patut (kamboih) tanam hidup-hidup. Buat semak bumi,” tulisnya lagi. Meninjau dalam Twitter, rata-rata berpendapat Azwan sepatutnya tidak sepatutnya menganggu individu lain sehingga boleh menganggu hubungan persahabatannya dengan Che Ta. Semua orang dia nak kacau, padan muka kena sembur dengan Che Ta. Che Ta 1, Azwan 0,” tulis warganet.

Kosmo! hari ini melaporkan Che Ta tiba-tiba menjadi individu kritikan seorang pengacara yang terkenal dengan mulut pu4kanya hanya kerana bertindak melaram ketika hadir menerima suntikan vaksin baru-baru ini. Sumber – K! ONLINE

Takut baju akan reput. Che Ta sempat melaram semata mata nak pergi vksin.

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperk4takan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun. Jika sebelum ini Che Ta menggayakan beg mewah jenama Hermes Birkin ketika v4ksin pertama, untuk suntikan kali kedua kali ini pelakon itu tampil dengan busana glamor.

Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Che Ta menggayakan persalinan jubah berwarna perak dengan perincian labuci berkilauan sambil membawa beg tangan dengan warna senada.


Che Ta berkata dia teruja untuk keluar mendapatkan v4ksin d0s kedua itu dan melaram busana serba mewah itu kerana bimb4ng baju-bajunya akan repvt jika disimpan terlalu lama.

“Hari ini pergi v4ksin sekejap. Yang penting wajib ‘melet0p’. Masa sekarang ini, nak simpan baju lawa-lawa takut repvt. Tak kisahlah duduk rumah ke, pergi v4ksin ke, melaram sahajalah. Tak tahu bila lagi boleh melawa. Takut nanti tua dekat rumah sahaja,” tulisnya.

Jika sebelum ini Che Ta menjamu petugas barisan hadapan dengan kek lapis pandan cheese hasil air tangannya sendiri, kali ini memberikan petugas barisan hadapan tudung bawal, kek lapis pandan cheese dan minyak wangi jenamanya.

Komen Warganet



Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral Sumber : Rotikaya via Era Kini


-----------------------------------------------------------------