Kuala Lumpur: Baru hendak bernafas daripada b.ncana banjir awal tahun ini, pelakon Amerul Affendi, 35, sekali lagi berdepan dugaan apabila sangkar ikan patin yang diusahakan di Sungai Pahang dekat Temerloh bersama rakannya rosak aklbat banjir,baru-baru ini.
Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi berkata, dia juga sebenarnya belum menerima bantuan daripada pihak berkaitan atas keruglan kali pertama awal tahun ini.
ARTIKEL MENARIK:Pandai melayan anak dan pemaaf . Intan Salleh tidak kisah walaupun usia suami beza 11 tahun dengan dirinya.
“Untuk keruglan sangkar ikan patin awal tahun sebelum ini pun mereka kata nak bagi bantuan bencna, namun yang sampai hanya makanan ikan saja.
“Yang rosak adalah sangkar kerana dirempuh kayu balak hanyut. Saya buat laporan polis maklumkan sangkar rosak teruk, tapi akhirnya bantuan yang diterima ialah makanan ikan,” katanya kepada Harian Metro.
Pelakon filem Paskal, Bunohan dan Polis Evo ini mengakui terkejut apabila diberitahu perkara ini, namun hanya mampu memujuk hati sendiri.
“Dalam hati, saya kata okeylah. Yang mereka minta itu ini sebenarnya untuk apa? Mereka yang rumah terjejas teruk masa banjir awal tahun ini baru saja dapat bantuan. Ini nak kena hadap lagi banjir.
“Sangkar ikan patin saya usahakan di Sungai Pahang dekat Temerloh. Ada dua sungai besar iaitu Sungai Semantan dan Sungai Lipis yang mengalir membentuk Sungai Pahang,” katanya.
Sangkar ikan patin milik Amerul terletak di bahagian saliran sungai dari Kuala Lipis dan agak terseIamat berbanding dari Sungai Semantan yang mengalir dari Bentong dan Karak membawa bersama balak hanyut. “Yang ini sama macam awal tahun. Nak kata teruk tak juga tapi taklah seteruk seperti banjir pada 2014. Nasib baik ikan sudah habis jual pada Oktober lalu.
“Kali ini kami hanya dapat jual ikan patin satu musim saja dalam setahun sebab mula isi kembali dengan anak ikan pada Februari lalu.
“Memang tak dapat pulang modal baliklah untuk kerosakan sebelum ini. Kami agak ‘struggIe’ kerana baru pullh, tapi kena lagi. Tak tahu apa yang rosak sekarang.
“Untuk kos membaiki sangkar sahaja kira-kira RM4,000 dan mungkin lebih lagi. Itu baru satu sangkar yang kosong tak diisi ikan. Makanan pun tak curah lagi di dalam,” katanya.
Dalam pada itu, Amerul yang turut mengusahakan ternakan kerbau bersyukur kerana ia terselamat. “Walaupun berada di tepi Sungai Pahang di Temerloh, kedudukan kandangnya di kawasan tinggi. Tahun ini Mentakab paling teruk kena banjir. Saya juga bersyukur rumah emak di Taman Pasir Rawa tak kena kerana terletak di atas bukit,” katanya.
Sumber : hmetro
Nama Digugurkan Dan Digantikan Dengan Pelakon Lain Tanpa Pengetahuan. Amerul Affendi Kesal Dengan Sikap Produksi.
Pelakon Amerul Affendi meluahkan rasa kesal terhadap produksi tempatan yang telah menggugurkan namanya disebabkan perubahan syarat yang terlalu banyak dalam kontrak.Dedah Amerul, selain ditertawakan oleh pengurus produksi terbabit, dia turut digugurkan dan diganti dengan pelakon lain.
“Bila kau ditertawakan oleh pengurus produksi kerana banyak sangat term yang nak diubah dalam kontrak.
“Dan kemudian tahu-tahu dah ditukar dengan pelakon lain tanpa ada sekor pun bagitau. Tengoklah tahap professionalnya industri ni..”Nasib baik dah jadikan lakonan ni hobi sahaja,” ciapnya.
Amerul dalam masa sama turut berkongsi paparan skrin perbualannya bersama wakil produksi terbabit yang memaklumkan kontraknya masih diproses ekoran terlalu banyak syarat.
Turut disertakan emoji ketawa.Dalam perbualan sama, Amerul menjelaskan dia perlu meneliti kontrak terbabit supaya tidak timbul sebarang isu pada masa akan datang.Berdepan situasi kurang menyenangkan itu, dedah Amerul dia pernah diperli produksi sama sebelum ini sebagai pelakon yang demand.
“Dan ini kali ketiga berurusan dengan pengurus produksi ni… Ingat lagi bagaimana dia menganjing waktu di lokasi kata ‘wah bukan main ko ye sekarang demand betul’ sambil kawan-kawan dia ketawa terkekek-kekek.
“Lepas pada projek tu tahu-tahu nama dah dijaja ke merata tempat kata demand melampau.”Demand-kah kalau menuntut hak yang sepatutnya.. demand-kah kalau masih buka untuk berunding bagi mendapat persetujuan yang baik kedua-dua belah pihak?” tambahnya.
Keluh Amerul lagi, biarpun industri tempang disebabkan wabak COVID-19, sikap dan pemikiran sama masih dibawa oleh penggiat industri hingga kini.
“Ingatkan bila dah terduduk dek kerana pandemik dulu akan berubahlah pemikiran dan perangai bila sudah boleh bekerja kembali.
“Rupanya masih sama.. berbuih mulut penggiat-penggiat industri bermuzakarah itu ini di serata platform media sosial untuk menjadikan industri ini kembali sihat selepas pandemik.”Tapi kenyataannya masih sama dengan modus operandi yang sama.
Sampai bila mahu begini?” luah Amerul lagi.Sebelum ini, Amerul yang aktif menjalankan perniagaan ikan patin sangkar pernah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pilih kasih produksi tempatan yang hanya mengambil pelakon yang punyai jumlah pengikut 500,000 di media sosial.
Sumber: Twitter@Amerul_Affendi/Gempak.
Terlalu Ramai Yang Hanya Nak Jaga Periuk Nasi Sendiri. Amerul Affendi Pilih Untuk Angkat Kaki.
KUALA LUMPUR : Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi, 35, menganggap ada sebab mengapa dia akur menjadikan bidang seni lakonan ini sekadar hobi walaupun sedar ramai memuji dan menyanjung bakat lakonannya.
Menurut Amerul atau nama sebenarnya, Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, dia lebih selesa meletakkan fokus kepada bidang pertanian dan penternakan yang diceburinya sejak beberapa tahun lalu walau ada kala tidak menolak begitu merindui dunia lakonan.
“Dua tahun dah bercuti tak dapat nak layan hobi ini. Moga semua kawan-kawan yang bekerja dalam bidang kesenian dapat segera kembali bekerja,”katanya dalam satu ciapan di Twitter semalam.
Sebelum itu, pelakon ini mengulang ciapan Twitter daripada sahabat industri, Sharifah Amani yang berkongsi gambar kenangan sewaktu kedua-dua mereka terlibat sama menjayakan filem berjudul Psiko Pencuri Hati dan Pekak di akaunnya.
Selain itu, Amerul turut menjawab komen seorang pengikutnya yang bersetuju dengan tindakannya untuk beralih bidang dan tidak terlalu bergantung atau memberi tumpuan penuh kepada dunia seni.
“Tak bagus sebenarnya sebab aku lari dari kawan-kawan yang nak jadikan bidang kesenian satu bidang yang elok untuk sama-sama cari rezeki.
“Tapi disebabkan terlalu ramai yang hanya nak jaga periuk nasi sendiri dan hanya nak tunjuk dia je pandai bercakap, jadi aku angkat kaki,”katanya.
Sementara itu, Amerul yang berasal dari Temerloh, Pahang ini menerima banyak pujian daripada peminat dan penonton yang menyaksikan filem berjudul Mencari Rahmat yang ditayangkan di saluran Mubi kini.
Rata-rata peminat menyifatkan lakonan Amerul tidak pernah mengecewakan selain naskah itu sendiri yang dilihat mempunyai mutu sebuah filem yang wajar diangkat ke peringkat lebih tinggi.
Filem Mencari Rahmat merupakan sebuah naskah yang mendapat sentuhan pengarah hebat, Al Jafree Md Yusop dan membariskan pelakon handalan seperti Namron, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi dan Nadia Aqilah.
Sumber: Utusan Malaysia.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Pelakon Syafie Naswip Memberi Teguran Dan Tegaskan Agar Tidak Menggunakan Perkataan Retis.
Di Instagram, pelakon, Syafie Naswip memberi teguran buat segelintir masyarakat yang menyapa atau berbalas komen di media sosial dengannya agar tidak menggunakan perkataan ‘retis’ ketika berkomunikasi.
Minta maaf jika status ini menyentak hati.
Menurut Syafie, penggunaan perkataan ‘retis’ sedikit sebanyak telah mengh1na pekerjaannya sebagai anak seni. Oleh itu, dia berharap mana-mana individu yang mahu berkomunikasi dengannya selepas ini akan menggunakan perkataan pelakon, pameran atau manusia biasa daripada menggunakan perkataan tersebut.
Tambah Syafie, selama ini dia hanya mampu tersenyum dan tidak memberi reaksi apa-apa. Namun, hari ini dia berharap semua individu faham mengenai perasaannya.
Apa maksud retis?
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula faham mengenai apa yang cuba ingin disampaikan oleh Syafie. Bahkan, ada juga yang bertanya mengenai maksud ‘retis’ kepada Syafie. Ujar Syafie, perkataan tersebut tidak membawa maksud apa-apa dan ianya sekadar digembar gemburkan.
Sumber: Syafie Naswip
Syafie Naswip pening layan orang macam ni siap minta banyak kali. Sekali ini yang dia sampaikan.
Syafie Naswip menjalankan misi bantuan kepada keluarga yang terjejas punca pendapatan. Pelakon Syafie Naswip kesal apabila ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap bantuan wang tunai yang dihulurkan dengan cuba meminta berulang kali. Shafie atau nama sebenarnya Mohd Syafie Naswip, 29, berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah menafikan hak orang lain yang turut berdepan kesusahan.
“Individu tu menghubungi saya melalui WhatsApp dan kemudian berikan nombor akaun bank sama seperti yang pernah saya bantu sebelum ini. Pada saya benda ni normal memang akan ada orang yang akan cuba cari peluang untuk mengambil kesempatan, ” ujarnya. Syafie berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam menghulurkan bantuan supaya tidak terpedaya dengan individu yang dianggap tamak.
Perkongsian Syafie di Instastory miliknya.
Pelakon telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini menjalankan misi bantuan kepada golongan susah sejak seminggu lalu bersama Team Chilhood Actor. “Sekarang ni saya akan tapis siapa individu yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan sebab tak mahu benda ni berlaku lagi.
Sekarang ni saya akan tapis siapa individu yang betul-betul layak dan memerlukan bantuan.
“Saya ada tegur dalam Instagram semalam. Saya harap orang ada common sense sikit dan berfikir panjang, kesian kepada individu yang betul-betul memerlukan, ” ujarnya. Syafie berkata, sehingga kini dia sudah berjaya menghulurkan bantuan kepada 109 individu dan keluarga terjejas. “Alhamdulillah 109 keluarga telah dibantu hasil jualan barang terpakai saya dan Kanan-kawan. Syafie membuat keputusan melelong trofi yang dimenanginya sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM25).
Pemuda Ini Buka But Kereta Untuk Memberi Bantuan Secara Percuma Pada Yang Memerlukan. Sekali Pemuda Ini Tampil Dedahkan Sesuatu.
TASEK GELUGOR: Kesusahan hidup yang pernah dialami mendorong seorang penjawat awam melakukan kerja amal dengan memberi barangan keperluan dapur secara percuma bagi golongan memerlukan. Biarpun tidak memiliki pendapatan besar namun dia berusaha menyumbang kepada komuniti memandangkan pernah merasa keperitan hidup apabila dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan.
Azizul Abdul Rahim, 37 yang bertugas di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mula melakukan kerja Kebajikan secara bersendirian sejak 10 tahun lalu apabila menggunakan wang gajinya bagi membeli barang keperluan sebelum disumbangkan kepada individu memerlukan dari rumah ke rumah termasuk golongan gelandangan.
“Saya pernah hidup susah dan tahu keperitan untuk membeli barang keperluan ketika mengalami kesempitan wang kerana ibu ayah saya bukan orang senang. Jadi saya mengambil iktibar pada diri sendiri untuk membantu golongan yang pernah senasib dengan saya walaupun gaji saya bukanlah besar mana tetapi ia cukup membahagiakan saya apabila dapat meringankan beban orang lain. Pada mulanya, saya menggerakkan kerja kebajikan ini dengan menghantar barang keperluan dapur dari rumah ke rumah selepas mendapat maklvmat mengenai orang yang memerlukan bantuan, tetapi sejak pandemik COV1D-19 timbul idea lain yang mana saya akan parkir kereta di beberapa lokasi kemudian membuka but yang diisi dengan pelbagai barangan keperluan bagi mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui berhampiran Pasar Tasek Gelugor, di sini, semalam.
Azizul berkata, dia memahami ketika pandemik Covid-19 ramai yang kehilangan pekerjaan dan mendorongnya membantu walaupun ia tidak seberapa.
“Selepas habis kerja, saya akan pergi ke mana-mana kawasan dalam daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah untuk mengag1hkan pelbagai barangan keperlvan dapur. Ramai yang tidak percaya pada awalnya kerana ada ingat saya berniaga maklumlah buka tepi jalan tetapi sambutan amat baik bahkan ramai juga yang menyumbang untuk saya terus menjalankan kerja amal ini,” katanya.
Azizul berkata, dia bersemangat melaksanakan kebajikan dan tidak pernah penat walaupun ia dilaksanakan selepas waktu kerja.
“Setiap kali saya pergi buat kerja amal ini ramai yang mendoakan saya bahkan saya teringat kata-kata seorang pakcik yang memberitahu biar tak banyak duit tapi rajin sedekah maka rezeki akan lebih berkat. Kata-kata yang diberikan itu meresap dalam jiwa sampaikan saya tak rasa penat pun buat kerja ini bahkan seronok apabila ramai yang menyokong usaha saya ini hingga berpusu-pusu memberi wang serta barang untuk saya hulurkan kepada mereka yang perlu,” katanya yang turut mendapat bantuan isteri serta anak sulungnya yang turun membantunya.
Sementara itu, seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Norma,50-an berkata, dia memuji usaha yang dilakukan Azizul kerana amat bertepatan dalam keadaan situasi semasa yang banyak terkesan.
“Saya kehilangan kerja akibat COV1D-19 tambahan pula seorang ibu tunggal selepas kehilangan suami sejak tujuh tahun lalu akibat sakit jantung. Memang perit sangat apabila tiada kerja dan perlu membesarkan empat anak namun sudah menjadi takdir maka inisiatif kecil seperti Azizul ini sangat membantu kerana ia meringankan beban orang-orang seperti saya,” katanya yang mengetahui inisiatif itu melalui Facebook.
Sumber: BHONLINE via