Kuala Lumpur: Usahawan Intan Liana Saleh, 36, sah bergelar isteri kepada penjawat awam, Mohd Aizam Yahya, 25, dalam majlis pernikahan di sebuah premis acara di Jalan Ampang, di sini, malam semalam.
Nama Intan yang juga bekas isteri pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude mula dikenali apabila mereka berpisah pada 2018 selepas Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda.
ARTIKEL MENARIK:Doktor dah periksa anak dalam kandungan. Ini keadaan terkini Intan Ladyana dan Suami lepas disahkan positif Cov19.
Walaupun usia Aizam 11 tahun lebih muda, Intan menyifatkan suaminya sebagai seorang yang matang selain mengambil berat terhadap dirinya dan anak-anak.
“Bagi saya usia bukanlah penghalang, sama ada muda atau sebaliknya, ia belum menjamin kematangan dalam perhubungan.
“Kami berkenalan tidak lama iaitu sekitar enam bulan sebelum membuat keputusan bernikah. Sepanjang mengenalinya, saya lihat dia pandai melayan anak-anak dan menerima mereka seadanya.
“Apa yang penting adalah hubungannya dengan anak-anak. Yang penting masing-masing tahu akan tanggungjawab selepas bergelar suami isteri. Doakan yang baik-baik buat kami. Insya-Allah,” katanya.
Menurut Intan, dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri selepas melihat keikhlasan serta keserasian lelaki itu terhadap dua anak lelakinya. Intan berkata, sikap pemaaf dan mudah mengalah suaminya menguatkan lagi keyakinan untuk memilih lelaki berkenaan sebagai teman hidup.
“Kami diperkenalkan menerusi kawan-kawan sebelum ini. Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan baik dan masing-masing sudah bersedia ke fasa yang lebih serius. Syukur majlis kami dipermudahkan,” katanya.
Intan memiliki dua anak hasil perkongsian hidup dengan Ude iaitu Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.
Intan Salleh Sah Selamat Jadi Isteri Orang. Akui Sebak Apabila Disarungkan Cincin Oleh Suaminya.
Menerusi perkongsian terbaru Intan Saleh di media sosialnya, dia selamat diijabkabulkan bersama jejaka bernama Aizam Yahya. Intan, 35, diapt oleh dua orang puteranya Arish Muqri dan Ariq Muqri masuk ke dewan persandingan. Cantik dan kemas mengenakan busana pengantin berwarna peach, kedua-dua pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa dengan sekali lafaz sahaja. Kelihatan Intan tidak dapat menahan sebak tatkala Aizam menyarungkan cincin di jarinya. Majlis dihadiri oleh keluarga terdekat dan juga rakan-rakan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagiaan Intan dan mengatakan dia layak untuk bahagia.
“Alhamdulillah tahniah bonda..u deserved to be happy..”
“Alhamdulillah moga bonda n hubby berpanjangan hingga kejannah..”
“Tahniah intann. Yg ku tunggu slme ni..”
Sekadar info, Intan pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude pada tahun 2013. Namun kemelut rumah tangganya akhirnya bernokhtah apabila itu sah bercerai talak satu pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri serta Ariq Muqri.
Dalam pada itu, dunia hiburan gempar apabila Izreen Azminda membuat pengakuan terbuka sudah menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas itu semenjak 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara. Perkahwinan itu dirahsiakan atas permintaan suaminya itu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aaron Ibrahim serta Ali Idrees. Sebelum ini, Izreen Azminda mendirikan rumah tangga dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 tetapi berpisah dua tahun kemudian. Pada perkahwinan itu, Izreen Azminda dan bekas suami, dikurniakan seorang anak, Muhamad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun. Sumber: Kisahdunia
Konten Intan Salleh Kali Ni Dapat Banyak Kritikan Dari Warganet. Kononnya Masih Tak Move On Dan Ini Responnya.
Pengguna aplikasi TikTok pasti menyedari bahawa ada satu konten yang tengah viral di media sosial berkenaan bertanyakan tentang sama ada seseorang yang dikenali kita ‘lemah’ ataupun tidak dengan gaya seakan mencabar. Ia mula vir4l setelah seorang TikToker Muslimah viral susulan mengeluarkan kenyataan wanita yang tidak menutup aur4t dengan sempurna digelar ‘lemah’ sehingga mendapat kritikan ramai. Kali ini, seorang infleuncer yang juga bekas madu pelakon terkenal Izreen Azminda iaitu Intan Saleh atau nama sebenarnya Intan Liana Salleh turut membuat video tersebut dan memuat naiknya ke TikTok.
“Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!” katanya mengikuti konten yang tengah trend sekarang.
Walau bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan konten yang dibuat Intan Saleh itu dan mengaitkan semula dengan kisah rumah tangganya yang pernah tul4r satu ketika dahulu. Ibu tunggal tersebut juga menjawab dengan baik bahawa apa yang dilakukan sekadar suka-suka dan bertanyakan kembali siapa yang meminta maaf ketika siaran Melodi tempoh hari sama ada dirinya ataupun bekas madu.
Tak hanya itu, Intan juga turut ‘dihntam’ lagi dengan komen warganet yang membuat andaian jika pihak ‘sana’ membalas pula konten tersebut apakah tindakannya pula. Malas hendak bertek4k dengan warganet yang asyik mencari silapnya, dia hanya memaklumkan tidak terfikir seperti yang dinyatakan dan hanya mengikuti trend semasa membuat konten TikTok untuk suka-suka seperti orang lain.
Menjengah keruangan komen pula, ramai yang lebih berpihak kepada Intan kerana apa yang diperkatakannya sama sekali tidak salah dan dia yang melalui hal tersebut. Warganet juga merasakan ayat tersebut memang sesuai ditujukan kepada per4mpas kerana menganggu rumah tangga seseorang adalah satu perkara tidak baik lebih-lebih lagi sesama wanita.
Link video : https://www.tiktok.com/@intanroxssaleh/video/7018444551006211355?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.motifviral.dnqj.my%2F&referer_video_id=7018444551006211355&refer=embed
Sumber : Motif Viral
Izreen selamat lahirkan hero ketiga. Bakal kongsikan nama dan wajah anak.
Tahniah… pelakon Izreen Azminda selamat menimang cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.06 pagi Selasa. Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 36, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.87 kilogram itu menerusi kaedah operasi.
“Syukur Alhamdulillah… lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby,” katanya berkongsi mengenai berita gembira itu di laman Instagram.
Sementara itu, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan memberitahu dia dan bayi berada dalam keadaan baik. Menerusi temubual bersama sebuah portal berita, Izreen memaklumkan akan mengumumkan nama anak pada hari ketujuh kelahiran.
“Bersalin secara operasi buat kali ketiga agak sakit buat saya, namun apa yang penting saya dan anak berada dalam keadaan stabil. Namanya saya akan beritahu selepas seminggu kelahiran, manakala wajahnya bergantung kepada keadaan mungkin selepas habis pantang,” katanya.
Bayi yang baru dilahirkan ini merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.
Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun. Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, hasil perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. Sumber : mStar
Dah tiada pilihan. Izreen Azminda terpaksa bersalin secara operasi.
Selepas dua kali melahirkan anak secara operasi ca3sarean, pelakon Izreen Azminda tiada pilihan lain apabila terpaksa melahirkan anak ketiganya menerusi kaedah yang sama. Menurut Izreen, 36, yang dijangka melahirkan anak ketiganya sekitar minggu ini atau minggu hadapan dan perkara tersebut telah diberitahu awal oleh doktor.
“Anak pertama dilahirkan secara operasi, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dioperasi. Oleh sebab itu, saya juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara operasi juga,” kata Izreen.
Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Tanggang Ayu meluahkan kebimbangannya melahirkan anak dalam musim pandemik Covid-19. Jelasnya, disebabkan sedar akan risiko lebih tinggi terhadap wanita hamil, Izreen mendisiplinkan dirinya untuk tidak keluar dari rumah selain daripada menjalani pemeriksaan kandungan bulanan di sebuah hospital swasta.
“Memang takut dan bimbang, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ibu mengandung emosinya mudah terganggu dan akan membuatkan saya tidak senang duduk. Jadi, cara terbaik adalah fokus pada kesihatan diri dan proses bersalin sahaja. Walaupun sudah cukup dua dos vaksin, saya mengambil langkah berjaga-jaga. Saya memang langsung tidak keluar rumah kecuali ke hospital untuk pemeriksaan bulanan. Jika terlalu bosan atau teringin sangat keluar rumah suami akan bawa berjalan-jalan pusing-pusing dalam kereta sahaja,” ujar Izreen.
Meskipun berasa bimbang, kata Izreen hatinya sedikit lega apabila melihat pihak hospital mengenakan posedur operasi standard (SOP) yang agak ketat.
“Bersalin ketika musim Covid-19 memang agak sukar, namun semua SOP yang dibuat adalah untuk memastikan kesihatan pesakit terjamin. Saya akan ditemani suami ketika bersalin dan dia perlu menjalani ujian calitan dua hari sebelum operasi dijalankan. Begitu juga dengan ibu mertua yang akan menjaga saya sepanjang di rawat di hospital. Suami perlu tetap pulang ke rumah kerana anak kedua, Aaron masih kecil dan tidak mahu dengan orang lain,” ujar Izreen.
Ditebak akan jantina anak ketiganya, Izreen bagaimanapun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu. “Soal jantina anak tunggulah selepas dilahirkan kelak. Saya dan suami sudah tahu, cuma untuk orang lain tunggulah selepas saya bersalin,” tutur Izreen.
Kehamilan ketiga tersebut merupakan kandungan kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017. Hasil perkongsian hidup bersama Ude, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
Terdahulu, pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. Sumber – K! ONLINE via