Doktor dah periksa anak dalam kandungan. Ini keadaan terkini Intan Ladyana dan Suami lepas disahkan positif Cov19.

Business

Doktor dah periksa anak dalam kandungan. Ini keadaan terkini Intan Ladyana dan Suami lepas disahkan positif Cov19.

Pelakon Intan Ladyana, 38, yang kini dikhabarkan hamil anak pertama disahkan positif Covid-19 dan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh di sini malam tadi.Turut dijangkiti ialah suaminya yang juga seorang pelakon iaitu Harris Alif, 21, dan turut di bawa ke hospital yang sama.

Doktor dah periksa anak dalam kandungan. Ini keadaan terkini Intan Ladyana dan Suami lepas disahkan positif Cov19.



Menurut ibu kepada Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid, Intan perlu dikuarantin di hospital kerana doktor dan jururawat perlu memeriksa keadaan menantunya itu setiap masa.

ARTIKEL MENARIK:Semuanya berlaku terlalu pantas. Diana Rafar luah masih rasa truma dengan apa yang terjadi pada kediamanya.
loading...


“Intan dan Harris mula demam pada Isnin. Ingatkan demam biasa, tapi keesokkan hari pun masih demam. Jadi, saya minta mereka buat swab test.

“Semalam dapat keputusan disahkan positif Covid-19. Disebabkan Intan sedang hamil, doktor sarankan untuk dia kuarantin di Hospital Sg Buloh.

“Malam tadi, ambulans datang ambil Intan untuk dibawa ke hospital supaya senang jururawat dan doktor nak tengok keadaan Intan dan bayi dalam kandungan.

“Manakala Harris hanya kuarantin di rumah seorang diri,” kata Khalizah yang dihubungi mStar pada Khamis.

Khabar mengejutkan itu dimuat naik dalam satu hantaran Instagram milik program hiburan terkenal, Melodi sekitar tengah malam tadi.Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang mereka terhadap pelakon drama Bougainvillea yang kini sedang sarat hamil anak sulung.

Mereka turut mendoakan agar Intan dan Harris diberikan kesembuhan dan kembali pulih.Sementara itu, sehingga kini Harris tidak memuat naik sebarang perkongsian atau pengumuman mengenai perkara tersebut.




Terdahulu, Intan berkongsi rakaman pendek di Instastory miliknya memperlihatkan dia berada dalam ambulans pada Rabu. Dalam pada itu, Khalizah turut berkongsi keadaan Intan dan Harris yang tidak mengalami simptom yang teruk memandangkan mereka sudah lengkap vaksinasi.

“Alhamdulillah… pagi tadi Intan dan Harris ada hubungi saya memaklumkan keadaan mereka baik-baik sahaja. Doktor pun dah periksa keadaan Intan dan bayi.

“Mereka dalam keadaan baik dan tiada simptom yang teruk. Intan dan Harris pun dah lengkap vaksinasi, harapnya keadaan mereka semakin baik.

Setiap masa saya akan periksa keadaan mereka. Macam Harris, dekat rumah seorang diri, saya akan masak dan letak makanan di depan rumah dia, ujarnya. Sementara, Harris ketika dihubungi mStar menerusi aplikasi Whatsapp memberitahu dia dan isterinya dalam keadaan baik.

“Saya dan isteri disahkan positif Covid-19. Tapi Intan saja kena pergi hospital sebab dia sedang hamil. Tapi Alhamdulillah, semua masih dalam keadan baik,” katanya.

Untuk rekod, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Manakala, sejak beberapa bulan lalu tular foto dan video memaparkan bentuk fizikal Intan yang dilihat seperti wanita hamil. Walaupun sehingga kini tidak mengesahkan, rata-rata orang ramai mendakwa teraju utama filem Bini-Biniku Gangster itu hamil anak pertama.

Tampil Dedah Rakaman Aksi Menari Intan Ladyana Dan Suami. Sekali Ada Satu Benda Pulak Yang Warganet Perasan.

Aksi pelakon Intan Ladyana menari bersama suaminya yang juga pelakon, Harris Alif menerusi sebuah video menarik perhatian ramai apabila jelas kelihatan bentuk ‘baby bump’ pada perutnya. Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Instagram milik pelakon, Dazrin Kamaruddin itu, kelihatan Intan, Harris, Dazrin dan seorang lagi individu sedang menari sejenis tarian joget tradisional.

Difahamkan video tersebut dirakam ketika aktres berusia 39 tahun itu berkunjung ke kedai menjual karpet milik Dazrin di Shah Alam, Selangor. “Terima kasih kerana datang @intanladyana, @harrisalif,” tulis Dazrin dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, aksi malu-malu Intan ketika menari menarik perhatian warganet apabila memerhatikan bentuk perutnya yang kelihatan buncit seperti sedang hamil. Meninjau dalam ruangan komen, beberapa pengguna Instagram telah tinggalkan komen teruja melihat ‘baby bump’ Intan.

“Comelnya ‘baby bump’ @intanladyana,” ujar seorang pengguna Instagram. “Alhamdulillah nampak ‘baby bump’,” kata seorang lagi warganet. Pada 7 September lalu, Kosmo! melaporkan bahawa pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menitipkan doa buat anak dalam kandungan pelakon itu. Pesanan tersebut diucapkan Ebit menerusi satu hantaran video yang dikongsi suami Intan iaitu Harris Alif dalam Instagramnya semalam. “Ustaz ada doa tak untuk isteri saya?” tanya pemilik nama penuh Nor Harris Alif Nor Rashid, 22. Video : Klik link

Menerusi pesanan Ebit, selain untuk pasangan itu, dia juga mendoakan kesejahteraan buat anak dalam kandungan Intan agar menjadi anak yang soleh dan solehah kelak. Harris ketika dihubungi bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lanjut dakwaan tersebut namun mahu semua pihak mendoakan untuk isterinya. Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Sumber – K! ONLINE

Neelofa Dapat Perhatian Lagi. Kali Ni Tampil Dengan Unboxing Barang Bayi Dan Ini Respon Warganet.

Jika sebelum ini tular foto perutnya semakin membesar, kini Neelofa sekali lagi mencvri perhatian selepas berkongsi beberapa produk bayi yang diterimanya baru-baru ini. Menerusi video yang dikongsi usahawan itu baru-baru ini, dia menerima beberapa kotak mengandungi barangan keperluan bayi seperti tisu lembap dan baju.


Difahamkan, ada produk yang ditunjukkan olehnya merupakan barangan bayi daripada sebuah jenama popular di Jepun. Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada semua produk tersebut dibeli atau diberikan kepadanya sebagai hadiah. Walaupun masih mengunci mulut mengenai kehamilan dan usia kandungan, perkongsian sebegitu menambahkan lagi peratus pengesahan terhadap semua khabar angin yang masih tidak bernoktah.

Nampaknya, tarikh kelahiran bayi sulung pasangan paling popular di Malaysia bakal dilahirkan tidak lama lagi. Pasti ramai teruja termasuklah para peminatnya yang tidak henti-henti mendoakan semoga setiap urusan kelahiran bayi bekas pemenang Dewi Remaja itu dipermudahkan. Ramai masih tertanya-tanya usia kandungan Neelofa. Anda rasa bila agaknya dia dijangka melahirkan?

Komen warganet:







Sumber: Kosmo

Baru Beberapa Bulan Bergelar Suami Isteri. Neelofa Luah Rasa Syukur Dapat Suami Macam Ini.

Setiap wanita yang bergelar isteri pasti impikan seorang suami yang penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang diri mereka.

Hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga, selebriti popular Neelofa berkongsikan sikap suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.


Menurut bakal ibu itu lagi, dia meluahkan rasa syukur kerana memiliki suami yang memahami serta sentiasa memastikan dirinya dalam keadaan baik.

“Dia sangat prihatin dan menjaga kesihatan, emosi dan mental saya serta sentiasa memastikan saya dalam keadaan yang baik.

“Kalau saya sakit atau tidak sihat, saya tak risau sebab saya ada dia yang menjaga saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,” katanya.

Neelofa berkongsikan perkara itu dalam satu sesi siaran langsung bersama Fauziah Gous baru-baru ini.

Untungnya Neelofa memiliki suami yang penyayang. Meskipun tiada lagi pengumuman rasmi mengenai dakwaan dia kini berbadan dua, diharap Neelofa dan kandungan dalam keadaan sihat. Sumber:Rotikaya.

Situasi Hari Ini Semakin Parah. Suami Neelofa Ingatkan Lelaki Supaya Tidak Jadi Lelaki Dayus.

Pendakwah bebas Haris Ismail mengingatkan kaum lelaki, khususnya yang bergelar suami untuk menjaga diri dan keluarga agar tidak terpesong daripada landasan Islam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu berkata, nukilan yang ditulis itu sekadar peringatan diri sendiri dan tiada paksaan kepada mana-mana pihak.


“Nukilan Haris Ismail. Ada masa nak baca silakan, jika tidak berminat, tak mengapa kerana peringatan untuk diri saya yang hina. Saja nak tulis sini semoga tidak terjadi pada diri yang hina ini. Amin.

“Jangan dibiasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita atau lelaki lain kerana itu adalah dilarang dalam Islam,” tulis Haris.


Namun, ujar pendakwah berusia 27 tahun itu lagi, situasi hari ini semakin parah apabila terdapat adegan ‘ciuman’ dibuat atas alasan lakonan.

“Hari ini apa yang berlaku sebenarnya memang parah dalam masyarakat kita yang dikatakan lakonan sampai cium pun tidak mengapa, boleh diterima.

“Tapi apa kata agama?” soalnya.

Dalam titipan sama, Haris turut mengingatkan lelaki bergelar suami menerusi satu hadis yang berbunyi: “Tidak masuk syurga orang lelaki yang dayus”.

Ujar Haris, selain ‘beras kita beli’ (tanggungjawab lelaki), yang penting adalah menjaga ahli keluarga kerana perbuatan tersebut merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh kaum lelaki, terutama suami.

“Tersangat penting kita menjaga ahli keluarga, isteri dan anak-anak dengan sentiasa menjaga aurat, pergaulan mereka kerana ada tuntutan agama di situ.

“Jangan jadi lelaki dayus buat tidak tahu bila isteri pakai baju nampak dada, anak-anak pakai ketat. Kerana di akhirat nanti, jika bapa tidak menegur, akan dipersoal kelak,” katanya.

Sehubungan itu, Haris turut berkongsi sepotong ayat al-Quran yang berbunyi: “Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu (ahli) rumah daripada api neraka” sebagai tanda peringatan untuk semua.


Pada akhir nukilan, Haris menyeru masyarakat supaya mengubah pemikiran dengan tidak melakukan perkara yang ditegah dalam Islam walaupun sekadar lakonan.

“Ubah fikiran kita, jangan hanya kerana kita anggap itu (perbuatan mungkar) sebagai lakonan, jadi tidak mengapa.

“Jika hari ini depan mata kita orang buat kemungkaran dan kita berkata tidak mengapa kerana sekadar lakonan sahaja, adakah itu boleh diterima sebagai alasan? Mestilah tidak! Jangan biasakan mengiyakan orang berbuat dosa, takut kita terangkut sekali,” kata Haris. – K! ONLINE

Tunjuk Contoh Kunci Rumah Tangga Bahagia. Sesi Taklim Neelofa Dan Haris Jadi Perhatian.

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa nampaknya turut tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti bersama suami, Haris Ismail di sebuah lokasi percutian pantai tanah air.

Sesi ta’alim Haris & Neelofa terakam.

Terbaru, video Haris sedang membuat sesi Ta’alim bersama Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berjaya dirakam peminatnya dari jauh.

Difahamkan perkara tersebut dirakam saat pasangan ini sedang menikmati percutian baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram lofa.videos itu menyatakan bahawa pasangan ini tidak pernah meninggalkan sesi ta’alim ini dan itulah kunci kebahagiaan rumah tangga mereka.


“MashaAllah diorang tak pernah tinggal untuk buat sesi ta’alim everyday. Antara salah satu kunci kebahagian rumah tangga. Alhamdulillah,” tulis di ruangan kapsyen.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen menyatakan keberuntungan Neelofa memiliki suami yang baik dan berilmu. Malah, turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Bebaloi tunggu lama.

 


 

Sumber: Redaksi. viaEra Kini



-----------------------------------------------------------------