Semuanya berlaku terlalu pantas. Diana Rafar luah masih rasa truma dengan apa yang terjadi pada kediamanya.

Business

Semuanya berlaku terlalu pantas. Diana Rafar luah masih rasa truma dengan apa yang terjadi pada kediamanya.

KUALA LUMPUR: Suasana kelam-kabut persis babak filem bencana alam Hollywood dengan persekitaran berubah menjadi lautan bergelora disaksikan Diana Rafar di kediamannya di Shah Alam, Sabtu lalu, membuatkan pelakon itu hanya terfikir soal ajal.

Semuanya berlaku terlalu pantas. Diana Rafar luah masih rasa truma dengan apa yang terjadi pada kediamanya.



Insiden itu tidak mungkin dilupakan Diana, 39, sampai bila-bila. Malah, sehingga hari ini, dia trauma untuk pulang ke kediaman jenis kondominium yang menjadi rumah persinggahan mereka sekeluarga di Seksyen 13. Diana berkata, kedudukan kediaman pada aras enam membolehkan Diana melihat semua yang berlaku sekelip mata.

ARTIKEL MENARIK:Rumah hanyut banjir sebab balasan tuhan. Tak boleh berdiam sekali ini kata kata Ebby Yus buat ramai yang terdiam.
loading...


“Hujan sangat lebat dan angin bertiup kencang. Semuanya berlaku terlalu pantas. Dalam sekelip mata, air mula memenuhi kawasan persekitaran kondominium.”

Saya sempat meninjau ke luar tingkap. Saya ternampak seorang warga emas melambai-lambai meminta bantuan kerana keretanya ditenggelami air.

“Saya jadi panik kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Alhamdulillah, lelaki terbabit akhirnya berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Diana berkata, selepas melihat warga emas itu, dia mendengar pengumuman dibuat pengurusan kondominium agar semua penduduk turun.

“Saya panik semula. Kebetulan kakak (Linda) tinggal bertentangan rumah saya. Kami kelam-kabut turun tanpa sempat mencapai apa-apa.

“Saya hanya membawa telefon bimbit dan anak. Rumah juga dibiarkan tidak berkunci akibat terlalu kelam-kabut. Kami juga terpaksa turun menggunakan tangga kerana perkhidmatan lif tergendala,” katanya.

Diana berkata, sebaik tiba di arah bawah, keadaan bertambah huru-hara apabila semua penduduk berkumpul dan air di luar kondominium makin deras seperti ombak. Keadaan bertambah kecoh apabila dua penduduk dikatakan terperangkap dalam kenderaan di parkir aras bawah ketika dipercayai cuba menyelamatkan kereta.


“Saya sangat panik lebih-lebih lagi mendapat tahu ada penduduk terperangkap dan dikhuatiri lemas. Air dari sungai berhampiran melimpah dengan deras lalu memasuki ruang parkir aras bawah.

“Buntu apatah lagi telefon pintar kehabisan bateri, saya sempat membuat rakaman video memaklumkan ada orang terperangkap untuk dihantar kepada kumpulan WhatsApp keluarga Rafar.

“Sekurang-kurangnya, keluarga tahu apa yang berlaku. Jika sesuatu terjadi kepada saya, Linda dan anak. Tidak sangka rakaman video itu viral.

“Mungkin ada ahli keluarga membuat perkongsian sehingga tular,” katanya.

Diana berkata, risau kemungkinan air naik, dia dan Linda kembali ke unit kediaman masing-masing.

“Saya dan Linda sangat bimbang jika keadaan bertambah buruk. Lebih-lebih lagi, bekalan elektrik sudah terputus. Kami tidak mampu bertenang.

“Jantung saya berdegup laju sepanjang malam akibat terlalu risau. Linda pula sukar bernafas disebabkan macam-macam bermain dalam fikiran.

“Ketika itu, kami hanya memikirkan soal mati. Saya hanya mampu berdoa dan berzikir sepanjang malam melihatkan air yang bertakung seperti lautan di sekeliling kondominium,” katanya.


Diana berkata, pada mulanya, dia tidak mampu melelapkan mata.

“Saya merasakan malam terlalu panjang sehingga terfikir apakah dunia akan kiamat. Saya pernah terbaca, sebelum kiamat dunia akan gelap selama tujuh hari.

“Pada malam itu, saya dihubungi Izara Aishah yang bimbangkan keadaan saya. Lantas saya beritahu Izara agar tolong sedekahkan al-Fatihah banyak-banyak buat kami.




“Selepas itu, baru saya boleh lelapkan mata kira-kira dua jam,” katanya.

Tambah Diana, dia dan Linda masing-masing memakai tudung dan menyarung jaket sepanjang malam supaya andai berlaku kejadian tidak diingini, mereka sudah bersedia. Sementara itu, suami Diana, Zamarul Hisham meredah banjir sehingga paras pinggang sebaik selesai penggambaran untuk pulang ke rumah.

“Saya sudah pesan kepada suami jangan pulang. Dia gigih meredah banjir kerana bimbangkan keadaan kami. Suami meletakkan kereta agak jauh dari kediaman dan di lokasi tinggi,” katanya.

Diana bersyukur keesokan harinya, air mula surut.

“Saya dan Linda buat keputusan meninggalkan kediaman kami dan menumpang sementara di rumah kakak.

“Saya berniat pulang ke sebuah lagi rumah kami di Laman Glenmarie. Namun, jiran menasihatkan agar tidak berbuat demikian.

“Jiran beritahu berlaku kes paip pecah dan bekalan air sudah putus tiga hari. Sama juga dengan bekalan elektrik,” katanya yang masih menumpang kediaman kakaknya, Anita di Seksyen 6, Shah Alam.

Diana berkata, dia masih trauma dengan insiden itu. Setiap kali mengenangkan kejadian ‘hitam’ itu, hatinya amat tersentuh dan bulu roma berdiri.

“Saya sangat trauma. Suami ada mengajak menjenguk kondominium kami, tetapi saya masih belum bersedia.

“Saya terkejut dan tidak sangka sebaik mendapat tahu banyak tempat yang lebih teruk seperti di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam,” katanya yang mengambil usaha mengagihkan makanan dan pakaian kepada mangsa banjir di kawasan terbabit. Sumber: BH Online.

Dikritik Oleh Ustaz Dan Ustazah Jadian Kerana Berpurdah. Linda Rafar Mohon Beri Ruang Dan Jangan Mudah Menghukum.

PETALING JAYA – Tidak semua orang selesa dengan perubahan imej individu lain terutama melibatkan golongan artis. Situasi sama dilalui pelakon Linda Rafar yang menerima banyak serangan peribadi daripada golongan  ustaz dan ustazah ‘jadian’ susulan mengambil keputusan untuk berniqab.

Linda atau nama lengkapnya, Azlinda Rafar, dia mohon diberikan ruang dan pengertian berkenaan perubahan imejnya itu dan tidak mahu terlalu menggembar-gemburkan tentang perihal tersebut.

“Allahuakbar! Ramai sungguh ustazah, ustaz jadian yang datang serang dan hantar direct messege (DM) Instagram saya.

“Dengar sini, saya belum umumkan apa-apa lagi. Mohon jasa baik jaga hati dan perasaan saya. Untuk berubah, biar daripada hati.

“Bersihkan hati dulu serta cukupkan ilmu untuk mengajar. Jangan hukum seseorang yang ingin berubah untuk menjadi lebih baik dan cari kesalahan sahaja,” katanya menerusi Instastory.

Akui bekas anggota kumpulan Elite itu, tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna termasuk dirinya.

“Tiada siapa yang sempurna tetapi saya sedang mencuba untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT,” ujarnya.

Sejak kebelakangan ini, Linda dilihat sering menggayakan imej berniqab dalam hantaran Instagramnya.

Tidak mahu terlalu memperincikan secara mendalam tentang perubahan imejnya, ibu kepada lima cahaya mata itu cuma mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.


“Sekarang ini, saya tak bersedia untuk menjawab (tentang niqab). Tapi, tolong doakan yang baik-baik buat saya,” katanya. –

Sumber: K! ONLINE

Kerap Muat Naik Gambar Berpurdah Hingga Menjadi Persoalan Warganet. Linda Rafar Memohon Orang Ramai Untuk Mendoakanya.

Sejak kebelakangan ini, penampilan penyanyi serta pelakon Linda Rafar telah menjadi persoalan serta bualan dikalangan warganet di media sosial.

Sebab ianya menjadi perbualan warganet kerana kakak kepada penyanyi Diana Rafar itu mulai memuat naik foto-fotonya di Instagram mengenakan niqab.

Bagaimanapun, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar berkata dia masih belum bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai perkara ini.

Nantilah Linda buat live and you all boleh tanya ok.. Sekarang saya masih belum bersedia untuk jawab.

Dalam pada masa yang sama, bekas ahli kumpulan Elite itu turut memohon orang ramai untuk terus mendoakan yang terbaik untuk beliau.

Kami akan sentiasa doakan yang terbaik buat Kak Linda!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Silap Cara Berdakwah. Gadis Purdah Tampil Memohon Maaf Atas Keterlanjuran.

Baru-baru ini tular akan video seorang gadis berpudah menanggap orang lain yang belum berjaya menutup aurat dengan sewajarnya sebagai orang yang lemah.

Video tersebut mendapat kritikan ramai yang merasakan tindakan gadis terbuat tidak sensitif selain memperkecilkan wanita lain.

Selepas teruk dikritikan warganet, pengguna TikTok dikenali sebagai @ashalyabdaziz tampil memohon maaf atas keterlaluannya di video yang tular itu.


“Permohonan maaf saya secara terbuka kepada semua atas kesilapan saya membuat content yang menyinggung perasaan banyak pihak tempoh hari,” tulisnya ringkas.

Terima kasih atas nasihat & maafkan semua

Dalam video terbarunya, dia berterima kasih kepada semua yang menegurnya secara terbuka dan tertutup sehingga dia menyedari bahawa tindakannya agak keterlaluan.

Dia turut memaklumkan bahawa dia telah memaafkan semua yang telah mengecamnya dan ahli kelaurga yang tiada kaitan dengan video tersebut.

Mohon maaf berkali-kali

Menyedari bahawa apa yang berlaku itu meninggung perasaan orang ramai, dia telah pun menurunkan video tersebut selain berkali-kali memohon maaf.

Sebelum ini, video @ashalyabdaziz mengatakan mereka yang belum menutup aurat sebagai lemah benar-benar membuatkan ramai yang mengritik dirinya.

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak! Kredit - Era Kini



-----------------------------------------------------------------