Pelakon jelita, Catriona Ross menerusi Insta Stories nya meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak media yang disifatkannya sebagai biadab.
Ia berikutan mereka mengarahkan mangsa untuk ‘berlakon’ di hadapan kamera sewaktu mengambil gambar kediaman yang hanyut akibat banjir.
ARTIKEL MENARIK:Sudah dua bulan duduk bersama ibu bapa. Shila Amzah akhirnya dedah apa yang suami buat hingga beliau rasa tak selesa.

Arah Warga Emas “Wayang” Hadapan Kamera

Dipetik dari Instagram Kosmo, mangsa banjir, Ruhana Mahfodz melihat kediamannya yang hanya tinggal tangga dalam kejadian banjir dan arus kuat di Hulu Langat baru-baru ini. Namun, apa yang mengecewakan warganet adalah terdapat suara pihak media yang seolah-olah ‘mengarah’ warga emas itu untuk ‘berlakon’ di hadapan kamera untuk mendapat foto yang baik.
“Tarik baju belakang tu. Sentuh-sentuh sikit kak. Panjat sikit. Naik atas (tangga)”- arah seorang individu dipercayai petugas media Walaubagaimanapun, pihak Kosmo menjelaskan bahawa suara yang memberikan arahan kepada warga emas itu bukan dari pihak mereka. “Suara yang anda dengar memberi arahan bukan wartawan kosmo!”. Jelas Kosmo. Sumber : Murai.my
Tersangkut Dalam Banjir. Atuk 93 Tahun Terpaksa Berlindung Atas Bumbung Dan Ini Perkongsian Cucunya.
Seorang warga emas berusia 93 tahun yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Kemin, Jelebu kira-kira tengah malam semalam, telah mencetuskan kebimbangan ramai. Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh cucunya, warga emas itu pada awalnya telah terperangkap di dalam rumah kira-kira 30 minit akibat banjir. Disebabkan air semakin tinggi, penduduk kampung kemudian membawa atuknya ke bahagian atas.
“Nak dekat 30 minit juga atok macam ni, he is 93 years old. Now atuk dibawa ke atas bumbung, apa yang buat saya risau adalah hujan masih lagi turun. Tiada apa teduhkan atuk,” katanya.
Menurutnya lagi, sehingga kini bantuan masih belum diterima kerana jambatan untuk memasuki kampungnya telah runtuh. “Minta tolong orang sana pun tak boleh buat apa. Sekarang saya dah lost contact dari sepupu saya, mungkin bateri dia habis. Kalau ada orang-orang dekat yang termampu nak tolong, hope sangat boleh tolong,” katanya kepada Gempak.
Posting berkenaan kemudian menimbulkan rasa sebak warganet yang rata-ratanya bimbang tentang keselamatan warga emas berkenaan. “Ya Allah kau lindungilah dia daripada kesejukan” Sedihnya, jambatan pula runtuh, bantuan xleh terima” Someone please help him, aku dah menangis dah ni,” tulis beberapa warganet. Sumber : Gempak
Hujan Lebat Hingga Ramai Penduduk Terkandas. Ini Respon Dan Tindakkan Yang Dilakukan Oleh PM.
Keadaan cuaca yang masih hujan tidak menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk turun padang melawat mangsa banjir. Menerusi satu hantaran di Twitter rasminya, Ismail dilihat meninjau kawasan sekitar Kampung Bukit Lanchong, Putra Height, Selangor.
“Ramai penduduk Kampung Bukit Lanchong tersekat akibat banjir di kawasan Putra Heights, Selangor.
“Saya sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang mereka hadapi,” katanya.
Tambah beliau, Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melaksanakan kerja-kerja memindahkan dan membantu penduduk yang terkandas di kawasan tersebut.
“Kita akan pastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan dengan cepat dan pantas,” katanya.

Terdahulu, Ismail menegaskan keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan nyawa mereka.
Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.
“Kita tidak boleh tunggu lagi, (bantuan lain) akan bincang kemudian, yang penting sekarang selamatkan mangsa, yang terperangkap pindahkan dahulu ke tempat selamat.
“Kewangan, bantuan lain kita boleh uruskan kemudian,” katanya.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Tular Keadaan Banjir Di Beberapa Lokasi Shah Alam. Sekali Diana Danielle Suruh Hentikan Buat Macam Ni.
Kejadian banjir di beberapa lokasi di Shah Alam, Selangor semalam mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah Diana Danielle yang tidak ketinggalan melontarkan pendapat tentang kejadian tersebut. Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, kejadian banjir di Shah Alam berpunca daripada masalah perubahan iklim yang wujud disebabkan aktiviti penerokaan hutan.
“Kejadian banjir di Shah Alam, orang cakap ‘patut bina lebih besar ini, lebih baik itu’ tetapi saya mohon maaf kerana terpaksa mengecewakan kalian. Hal ini kerana perubahan iklim yang telah menyebabkan bandar dan pekan seluruh dunia berdepan masalah banjir tidak kira betapa bagus bandar dibangunkan,” ciapnya dalam Twitter semalam.
Tambah pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu, orang ramai sepatutnya bersuara agar aktiviti pembalakan di kawasan sekitar dihentikan bagi membendung kejadian sama berulang lagi. “Anda sepatutnya cakap, ‘kita patut hentikan aktiviti pembalakan’,” katanya lagi. Semalam, Kosmo! melaporkan sekitar kawasan Stadium Seksyen 13, Shah Alam ditenggelami air sedalam 1.2 meter dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat semalam. Sumber– K! ONLINE
Kucing Tiba Tiba Ada Sakit Ini. Diana Danielle Kongsi Tips Bermanfaat Untuk Atasi Masalah Tersebut
Tanpa ragu Diana Danielle telah berkongsi tips buat pencinta kucing untuk tenangkan kucing sekiranya mereka didatangi sakit s4wan secara tiba tiba. Jelas Diana Danielle, “Kalau nampak kucing-kucing anda macam ni jangan panik. Dia terkena sawn. Pegang dia (dengan towel kalau takut kena ckar), pegang bahagian badan kucing tapi jangan letak tekanan.“Tekan badan dia, dia tengah meronta tanpa sedar, jadi hanya pegang sampai selesai episod sawn dia — supaya tak terlompat ke sana sini dan cederakan diri.
Tambah lagi“Kalau nampak dia bengkok-bengkokkan badan, pegang dengan lembut bahagian yang terlebih stretch tu supaya tak terpatah ke tersenggol.“Jangan letak jari kat mulut dia tau, diorang tak boleh kawal pergerakan jadi kalau dia gigit tak lepas tu itu hanya tindak balas sawn tu.
“Jauhkan jari dari bahagian mulut dia. Panggil nama dia dengan lembut, beritahu segalanya akan bertukar menjadi baik.“Dia akan dapat rasa kalau kita kalut jadi kekal tenang dan berbual dengannya. Dia akan tahu ada seseorang yang boleh selamat dirinya.“Bila dah settle down, belai dia dan bercakap dengan dia sebab dia mesti takut dan keliru. Just love them,” coretnya.
Justeru itu sebagai pencinta haiwan, Diana berharap perkongsiaan ini dapat memberikan manfaat.Diana juga turut mengucapkan terima kasih kepada Haziq Aiman kerana berkongsi ilmu pengetahuan yang sangat penting buat pencinta haiwan.
Kucing Merupakan Haiwan Yang Boleh Jaga Diri Mereka Sendiri. Kini Ketahui Rupanya Sakit Ini Juga Merupakan Perkara Biasa Untuk Spesiesnya.
Lima penyakit ini merupakan penyakit yang biasa dialami oleh kucing kesayangan anda. Kucing juga dikenali sebagai salah satu haiwan yang mampu untuk menjaga dirinya sendiri dari sebarang penyakit. Namun, sekiranya anda pemilik kucing pasti anda tidak mahu apa-apa terjadi pada kucing anda. Jadi, anda juga perlu menitikberatkan sebarang hal kemungkinan yang bakal berlaku pada si bulus kesayangan anda. Hal ini disebabkan, ada beberapa kes yang umumnya terjadi pada kucing kesayangan anda dan ianya juga tidak boleh dianggap hal yang remeh-temeh. Pasti anda tertanya-tanya apa yang sering dialami oleh spesies kucing anda.

1. Muntah
Muntah adalah masalah kesihatan paling biasa terjadi pada seekor kucing. Penyebabnya juga pelbagai seperti makanan yang boleh membawa sebarang masalah, jangkitan kuman serta petanda ia mengalami masalah pundi kencing atau penghadaman. Sekiranya kucing anda muntah dan melelehkan air liur serta bernafas laju, segeralah bawanya berjumpa doktor. Lebih baik jika ambil sedikit sampel muntahnya kerana ia boleh memberi jawapan mengapa ia muntah.
2. Pundi kencing
Penyakit berkaitan pundi kencing atau Feline Lower Urinary Tract Diseases (FLUTD) juga antara perkara biasa dalam kalangan kucing. Ia biasanya berlaku pada kucing yang mempunyai lebihan berat badan serta sering makan makanan kering. Tekanan disebabkan sering terkurung di dalam rumah boleh meningkatkan risiko FLUTD dan gejala jelas kucing minum lebih banyak, sukar membuang air kecil, air kencing yang mengeluarkan cecair merah dan menangis ketika membuang air kecil.
3. Kutu
Kutu juga adalah masalah biasa dalam kalangan kucing namun ia boleh ditangani dengan mudah. Cara mengenal kucing yang mengalami masalah kutu adalah ia sering menggaru, menjilat serta mengalami jangkitan pada kulitnya. Mesikpun ia boleh dirawat namun sekiranya ia dibiarkan si bulus berisiko mengalami masalah anemia. Jadi pastikan masalah kutu pada kucing segera dicegah.

4. Cacing pita
Cacing pita hidup di dalam usus kecil kucing dan boleh membesar sehingga 60 sentimeter. Gejalanya tidak ketara namun kucing mungkin akan mengalami muntah serta mengalami penurunan berat badan. Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada kucing anda mempunyai cacing pita adalah dengan melihat najisnya dan memeriksa bahagian duburnya. Biasanya, cacing pita akan keluar ketika ia sedang tidur. Jika anda melihat ada benda aneh berbentuk seperti beras atau biji bijan, kemungkinan ia adalah cacing pita.
5. Cirit birit
Banyak perkara boleh menyebabkan kucing anda cirit birit termasuk kehadiran parasit, makan makanan basi, elergi, jangkitan kuman, penyakit hati, k4nser dan sebagainya. Najisnya juga berbentuk cecair dan bergantung kepada penyebabnya, masalah cirit birit pada kucing boleh berlaku selama seminggu atau berbulan-bulan. Jika kucing mengalami cirit birit, berikan ia minum untuk mencegah dehidrasi dan segera membawanya berjumpa doktor. Kredit -
