Pelakon Ozlynn Wati meluahkan rasa rindu pada anak sulungnya, Ariq, yang kini sedang menyambung pengajiannya di Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.
Menurut Ozlynn, walaupun terpisah benua, dia bersyukur apabila Ariq setiap hari menghubungi dia dan Johan. Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn memuat naik foto terkini Ariq beserta titipan doa buat anaknya itu.
ARTIKEL MENARIK:Sarat hamil tujuh bulan. Ernie Zakri dapat komen ini dari warganet lepas turun padang bantu mngsa banjir.
“Rindu, mama sayang abang. Mama rindu abang. Terima kasih setiap hari call dan text mama papa. Anak soleh papa dan mama, amin. Dia hantar gambar pakai jubah baru lepas maghrib. Alhamdulillah, jangan tinggal solat anakku. Semoga Allah lindungimu. Papa dan mama tak akan lelah untuk mengingatkan dan menasihatimu,” tulis Ozlynn di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ariq yang berada di dalam bilik segak mengenakan jubah berona biru muda. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Ozlynn yang tinggal berjauhan dan sedang merindui anaknya.
Malah, kata-kata positif turut diucapkan kepada Ariq untuk dia menimba ilmu yang bermanfaat di luar negara.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 68,000 tanda suka daripada pengikutnya.Selain Ariq, perkahwinan pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan, Cherdiq.- Sumber: Gempak
Ozlynn Teruja Diberi Kesempatan Kembali Kerja. Kadang Duit Habis Dan Tak Dapat Sesen Pun Buatnya Dan Ini Penjelasan Ozlynn Buat Ramai Terharu.
Pelakon, Ozlynn Wati mengakui dirinya berasa amat turuja apabila diberikan kesempatan untuk kembali bekerja selepas beberapa bulan tidak turun ke set pengambaran. Menurut Ozlynn, dia sebenarnya lebih selesa untuk memenuhkan rutin hariannya dengan bekerja berbanding hanya duduk ‘terperap’ di rumah. Katanya lagi, dia juga mahu memanfaatkan pendapatan yang diperoleh sebagai seorang pelakon untuk berbakti dan berbuat baik kepada keluarganya sendiri serta buat orang-orang yang memerlukan.
“Bila mama dah mula bekerja, ada macam-macam rasa, seronok sebab dapat keluar setelah berbulan terperap. Ada gaji sendiri. Sejujurnya aku memang tak reti duduk diam. Selagi boleh cari rezeki sendiri.. buat. So aku boleh guna duit tu ikut suka hati aku sendiri. Selalunya bagi mak abah popo, anak-anak, maid, p.a, driver, laki sendiri pon aku bagi sebagai tanda terima kasih sebab faham aku. Bagi aku peluang bekerja. Selalu duit aku bagi dia bawak anak-anak beli toys or game dia dengan anak-anak dan yang pasti mereka yang memerlukan pon ada bahagiannya. So duit aku habis kadang tanpa aku dapat sesen pon,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Akibat pernah merasai kehidupan yang agak susah satu ketika dahulu, Ozlynn memberitahu, dia sebolehnya tidak mahu orang lain turut berhadapan dengan situasi yang sama.
“Tapi aku puas hati sebab hasil usaha aku, dapat aku manfaatkan untuk orang sekeliling. Kadang salah satu sebab rezeki aku melimpah pun atas doa orang-orang yang aku tak terduga. Mungkin, kita tak pernah tau kan.. rahsia Dia. So aku seronok bila dapat buat orang tarik nafas lega, dapat buat orang tersenyum. Kadang kita boleh dapat rasa bila orang memerlukan kita. Paling seronok bila dapat bantu orang. Kadang jadi pendengar pon boleh buat orang lepaskan lelah. Apatah lagi dapat bantu dari segi keperluan dia. Maklumlah, sebab aku dengan suami pernah merasa kesusahan tu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada enam orang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mengamalkan sikap berkongsi rezeki ketika senang mahupun susah. “Untuk berada di tahap sekarang bukan semudah yang disangka. Jadi kena sentiasa alert. Tak nak orang rasa macam mane kami rasa dulu. Tak banyak, sikit insyaAllah ada bahagian orang lain tapi bukan dah berada ni baru nak berkongsi. Tips dia berkongsilah masa tengah diuji. Jangan merungut. Jangam membeza-bezakan kehidupan oramg dengan kita. Sebab kadang zahir yang kita lihat tak sama dengan apa yang mereka hadap. Seeloknya bersyukur dan berusahalah untuk memajukan diri. Jangan banyak alasan. Paling penting, JAGA DIRI. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari musibah dan Covid aamiin yra,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan keperibadian tersebut selain turut mendoakan semoga Ozlyn sekeluarga akan sentiasa dimurahkan rezeki. “Yer..betul sis..kadang2 apa yang kite inginkan tu kita rasa x penting bahagiakan orng tersayang lagi pentingkan” Allah maha baik..terlalu banyak nikmat Dia telah berikan pada kita..ikutlah perintahNya..jangan tinggal solat tutup aurat dengan sempurna..semoga kita semua terus istiqomah ke jalan Allah”
Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan Cherdiq. Rozlinawaty binti Ismail yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Waty merupakan seorang pelakon, pengacara dan pengurus artis. Beliau merupakan isteri kepada pelawak popular, Johan Raja Lawak. Sumber: Instagram Ozlynn Wati & Kecoh ape.
Ozlynn Rindu Anak Sulung Di Ireland. Adik Beradik Pula Sakat Hantar Gambar Makanan Sedap.
Anak sulung kepada pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn Waty iaitu Ahmad Ariq Hanania baru-baru ini telah berangkat ke Ireland bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di universiti di sana.
Selepas seminggu berpisah, Ozlynn meluahkan rasa rindu tidak terhingga kepada anaknya itu. Walaupun sering berbalas mesej dan melakukan panggilan video, ketiadaan anak sulungnya itu tetap dirasai.
Tegas dalam mendidik anak-anak, keakraban keluarga ini sering menjadi perhatian netizen. Pasangan Johan dan Ozlynn dipuji sentiasa menunjukkan kasih sayang dengan anak-anak meskipun anak sudah menginjak usia dewasa.
Apabila berjauhan, adik-adik pula menyakat si abang dengan menghantar foto makanan sedap yang mereka nikmati di rumah.
“Sekarang ni adik-adik dia duk pedajai dia makan apa dekat sini semua hantar gambar dekat abang. Lepas tu video call sampai abang dia cakap malas nak jawab call korang dah.”
Ozlynn yang sudah hampir sebulan berpantang melahirkan cahaya mata keenam berharap suatu hari nanti dia diberi peluang untuk melawat Ariq di universiti.
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Imamkan keluarga setiap kali waktu solat. Sekali warganet puji tindakan Johan didik anak.
Orang kata gamers ni ada tahapnya, biasa dan hardcore. Jenis yang biasa ni maksudnya mereka yang tak terlalu addicted sampai urusan lain diabaikan. Tapi, kalau hardcore memang sering menjadi topik hangat sebab mereka ni dikatakan ‘hidup m4ti game’. Lebih dahsyat, ada yang mempunyai tanggapan bahawa kaki game sebegitu tidak layak berkeluarga.
Bagaimanapun, seorang warganet menyuarakan pendapatnya di Facebook tentang isu berkenaan dan berkata hobi seseorang itu tidak salah sebaliknya ia bergantung kepada setiap individu. Sebagai contoh, dia memuji sikap dan cara Johan mendidik anak-anaknya meskipun suka bermain game.
Kaki game tak layak berkeluarga! Tanggapan tu salah. Tengok kehidupan Johan.” Tak pastilah dia kaki game ke tak tapi dia ada bilik khas untuk main game tau. Lengkap dengan speaker, kerusi semualah.”
Imamkan keluarga, ajar anak mengaji
Dia turut memuji Johan yang mengajar anak-anak mengaji serta akan menjadi imam untuk keluarganya setiap kali solat selain membantu melakukan kerja-kerja rumah yang lain.
Dia imamkan family dia setiap kali solat termasuk solat Subuh. Semua anak dia solat berjemaah walaupun baru berusia 2 tahun.” Dia ajar anak anak dia mengaji, tolong dalam kerja kerja rumah.”
Hobi tak salah, diri sendiri yang salah
Jadi sebenarnya tak kisah apa pun hobi kita. Baik lelaki atau perempuan. Hobi tu tak salah, yang salah diri sendiri.” Dah besar panjang, dah boleh fikir baik buruk. Kalau rasa hobi kita tu menyusahkan orang sekeliling kita. insaflah segera.”
Ramai warganet yang membaca perkongsiannya itu bersetuju dengan pendapatnya dan turut sama memuji cara Johan mendidik anak-anak. Ada segelintir yang berkata setiap orang mempunyai waktu bekerja yang berbeza dan membandingkan kehidupan mereka dengan Johan yang tiada fixed working hours. Sumber : Lobak Merah
Tahu tahu je dah bersalin. Sekali Johan ucap terima kasih dan janji akan belanja sesuatu buat orang ramai.
Walaupun ramai terkejut dengan ‘surprise’ yang dilakukan oleh pasangan selebriti terkenal Johan dan Ozlynn apabila dikhabarkan menimang cahaya mata keenam mereka, namun para peminat tetap tumpang gembira dengan kelahiran tersebut.
Berita baik itu telah dikongsikan oleh akaun rasmi radio Era FM apabila memuat naik gambar Johan memegang seorang bayi dengan kapsyen mengucapkan tahniah kerana baru sahaja menyambut orang baharu dalam keluarga besar mereka.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan
Selepas teka-teki tersebut terjawab, Johan akhirnya memuat naik satu video mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya. Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan sudah pun pulang ke rumah.
Akan update pasal anak2 di YouTube
Dalam video tersebut, pelawak dan juga penyampai radio Era FM itu memaklumkan segala update berkenaan anaknya akan di muat naik ke saluran YouTube bagi dikongsikan kepada para peminat. Dia juga berharap agar segala perkongsian tersebut memberi manfaat kepada semua.
Sebelum ini, ramai yang terkejut apabila tiba-tiba sahaja pihak Era FM mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan dengan memuat naik gambar Johan memegang seorang bayi. Ramai yang tidak menjangka kerana Johan dan Ozlynn sangat ‘cekap’ merahsiakan kehamilan sehingga langsung tidak dapat dihidu para peminat walaupun mereka kerap memuat naik perkongsian di Instagram. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada keluarga Jozlynnhanania atas kelahiran anak keenam mereka. Sumber: Instagram Jozlynnhanania, Era.je via