Walaupun kini sedang sarat hamil tujuh bulan, tidak menghalang penyanyi Ernie Zakri turun padang bagi sama-sama membantu masyarakat yang ditimpa musibah banjir.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, yang turut ditemani suaminya, Syamel berkongsi kegiatan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa buah lokasi terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.
ARTIKEL MENARIK:Catriana Ross kecewa media arahkan individu yang terlibat dengan banjir berlakon depan kamera. Sekali ini penjelasan pihak Kosmo.
“Terima kasih izinkan saya ikut kamu, shurami (suami)! Pengalaman naik lori. Sampai bayi dalam perut bergerak-gerak gembira.

“Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin,” katanya.
Menerusi hantaran berbeza yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Ernie turut menzahirkan rasa hiba melihat situasi banjir yang melanda pada hari ini dan mendoakan semoga semua mangsa dapat diselamatkan dengan segera.
“Assalamualaikum semua. Sayu sangat bila baca berita tentang kejadian banjir. Saya tahu ramai sangat rakyat Malaysia yang turun padang membantu. Syukur alhamdulillah.
“Walaupun kita rasa duduk di rumah sahaja tidak membantu, tapi bila kita kongsikan apa-apa info tentang banjir (mangsa), itu sudah besar pahalanya,” luah Ernie.
Dalam pada itu, pelantun lagi Gundah itu sempat menitipkan nasihat dan pesan supaya orang ramai termasuk dalam kalangan sukarelawan supaya sentiasa menjaga diri memandangkan negara masih dalam situasi pandemik Covid-19.
“Saya doakan semoga segala utusan dipermudahkan terutama pada mereka yang turun padang (sukarelawan). Jaga diri sebab kita masih lagi dalam situasi Covid-19,” jelasnya.
Rata-rata warganet hanya medoakan agar segala urusan Ernie Zakri dipermudahkan.


Terdahulu, hujan lebat yang berlarutan selama dua hari pada awal minggu lalu mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS). – Sumber: K! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Ramai Terpegun Dengan Bakat Ernie Walaupun Tengah Sarat Mengandung. Sekali Ada Yang Berpendapat Macam Ni Pada Anaknya Nanti.
Biarpun sedang sarat berbadan dua, si kecil molek Ernie Zakri masih aktif menerima undangan nyanyian di majlis-majlis rasmi. Terbaharu, tular sebuah video memaparkan Ernie kini hamil enam bulan membuat persembahan di sebuah majlis rasmi.
Nampak biasa tetapi kehebatan vokal isteri kepada Syamel itu tiada tolok bandingannya. Malah, ramai yang kagum melihat seorang wanita hamil mampu menyanyikan nada tinggi.
“Dia boleh tarik ketika sarat mengandung,” tulis seorang warganet. Selain itu, ada juga pengguna TikTok yang berpendapat suara Ernie semakin merdu dalam tempoh kehamilannya.
Tidak kurang juga yang membuat andaian bahawa bayi yang bakal dilahirkan sekitar Mac nanti bakal mewarisi vokal emas persis ibunya. “Memang sah, anak dia lahir nanti jadi penyanyi,” komen seorang pengguna TikTok. Sumber : K!Online
Bakal Menerima Cahaya Mata Mac Tahun Depan. Syamel Dan Ernie Zakri Umum Jantina Anak Pertamanya.
Kuala Lumpur: Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri berkongsi bakal menerima cahaya mata perempuan yang dijangka dilahirkan Mac tahun depan.
Syamel ketika ditemui berkata, dia dan Ernie sebelum ini selesa untuk merahsiakan mengenai jantina bayi dalam kandungan, namun terlampau teruja untuk berkongsi.
“Dari sebelum kahwin pun, memang kami jenis rahsiakan apa-apa yang belum sah. Tapi, apabila dapat buat persembahan di Istana Budaya, mendapat tenaga daripada penonton membuatkan saya rasa teruja untuk berkongsi,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada kedua-dua mereka bercadang untuk mengadakan majlis ‘baby shower’ atau ‘gender reveal’, mereka memaklumkan ia tidak ada dalam perancangan.
“Sejujurnya, saya pun tak tahu majlis ‘gender reveal’ itu apa. Tapi, memang kami tak ada merancang untuk itu. Sebelum ini, saya dan Ernie pun tak ada tetapkan tarikh spesifik mengenai bila jantina bayi akan diumumkan,” katanya.
Syamel juga menjadikan bapa dan bapa mentuanya sebagai rujukan untuk mempersiapkan diri sebelum melangkah sebagai bapa.
“Sebelum buat carian di Internet dan YouTube, rujukan utama saya mestilah orang tua kami berdua. Jadi, bapa dan bapa mentua saya banyak membantu dari segi persediaan untuk menjadi bapa.
“Kebanyakan maklumat dan persediaan yang mereka minta saya lakukan adalah untuk bersiap sedia tidak cukup tidur memandangkan saya perlu menjadi dua ‘puteri’ selepas ini,” katanya.
Syamel dan Ernie juga sudah menyenarai pendek beberapa nama yang sesuai untuk bayi mereka, namun belum bersedia untuk dikongsikan.
Syamel dan Ernie berkahwin pada 26 Mac 2021 selepas berkenalan sejak 2017 dan bertunang pada Ogos 2020.
Sumber: Harian Metro.
Macam Terlupa Tengah Hamil. Tidak Dapat Rehat Secukupnya. Ernie Zakri Alami Masalah Kesihatan.
Penyanyi popular Ernie Zakri mengakui dia kadangkala terlupa dirinya kini sedang hamil. Akibat terlalu sibuk menyelesaikan tuntutan kerja, dia tidak mendapat rehat yang cukup hingga menjejaskan kesihatan dan kandungannya.
Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri berkata kini kandungannya sudah mencecah usia lima bulan, alahan sudah tidak ada cuma bila terlalu penat, badannya akan beri warning agar berehat.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Ku Bersuara itu memaklumkan sudah dua hari dia berehat di rumah dan berasa lega dan makin pulih, mungkin kerana kepenatan bekerja. Ernie yang sebelum ini berkata dirinya sangat aktif, boleh membuat dua tiga kerja dalam sehari dan boleh duduk di set berbelas jam.
Saya dah macam terlupa yang saya tengah mengandung dan masih in denial rasa boleh aktif macam dulu… jadi selepas ini saya kena beringatlah.
Ernie, 29, berkata keadaan kesihatannya kurang baik kerana tidak mendapatkan rehat yang secukupnya.
Menerusi hantaran InstaStory, Ernie yang baru pulang dari Kuala Lumpur dari Pulau Pinang perlu bekerja keesokkan harinya. Dia mengakui dia perlu perlahan-lahan menerima keadaannya tidak sama seperti dulu. Sekarang dia perlu memilih kerja bagi menjaga kandungannya.
Rasanya saya patut dengar badan saya, mesti baby pun sedih ibu tak rest semalam.
Dalam pada itu, Ernie memberitahu dia sudah membuat pemeriksaan dan mendapatkan nasihat doktor mengenai keadaan kesihatannya. Justeru itu, dia akan lebih berpada-pada bekerja dan akan mengutamakan kesihatan bayi dalam kandungan.
Sumber: Beautifulnara.
Belum lagi mengidam benda pelik pelik. Tapi ada satu benda yang jadi rutin Ernie.
Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri mendedahkan yang dia tidak mengalami sebarang rasa alahan melampau atau mengidam makanan serta benda yang pelik. Namun, pelantun lagu Gundah itu mengakui lebih kerap mendengarkan lagu-lagu sedih sepanjang empat bulan kehamilannya ini.
“Saya sendiri tidak pasti kenapa saya kerap mendengarkan lagu-lagu sedih sepanjang kehamilan. Benar, lagu-lagu saya kebanyakannya bergenre balada yang sedih. Tetapi, tidaklah saya dengar lagu sedih dengan kerap sewaktu sebelum hamil,” katanya kepada Gempak sambil tertawa kecil.

Begitupun, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkata, emosinya tidak terganggu walaupun selera muziknya berubah. “Walaupun suka mendengar lagu-lagu seperti itu, tetapi saya dan kandungan tidak dipengaruhi dengan emosi sedih. Semuanya baik-baik belaka, alhamdulillah,” tutur Ernie positif.

Dalam perkembangan lain, Ernie memberitahu yang dia kini sudah bersedia untuk kembali bekerja. “Saya sudah mula beli baju dan seluar baharu sebab pakaian lama sudah tidak muat. Lagipun, saya akan kembali bekerja semula untuk melunaskan segala projek yang tertangguh sebelum ini. Selain itu, saya akan memasuki studio rakaman untuk merakamkan single terbaharu. Insya-Allah kalau ikut jadual, lagu yang masih belum diberi judul tersebut akan dilancarkan beserta klip video pada Disember kelak. Saya harap, lagu tersebut boleh menjadi ubat rindu peminat yang menantikan buah tangan terbaharu sejak single Boneka,” ujar Ernie.
Ditanya adakah Ernie risau jika kemampuan untuk menyanyi akan berkurang saat selepas dia melahirkan anak kelak, jawab Ernie: “Jujurnya, penyanyi perlu sentiasa berlatih agar kemampuan nyanyian sentiasa berada pada tahap yang baik. Bagi saya, tempoh berpantang selama 40 hari merupakan masa yang agak lama buat seseorang penyanyi itu ‘berehat’. “Tapi saya yakin, dengan adanya teknik latihan yang betul, seseorang penyanyi itu mampu menyanyi dengan baik walaupun selepas bersalin,” katanya lagi.
Ernie mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Syamel pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam Selangor. Jika mengikut perkiraan, Ernie dijangka akan melahirkan cahaya matanya pada Mac tahun depan. Sumber : Gempak
Lama meneyepi akhirnya Ernie Zakri umum berita. Rupanya dalam diam Ernie dah hamil.
Ernie Zakri-Syamel umum berita gembira, Tahniah Buat Ernie Zakri dan Syamel
Lama meneyepi akhirnya Ernie Zakri umum berita. Rupanya dalam diam Ernie dah hamil.
Pasangan sama cantik sama padan, Ernie Zakri dan Syamel sememangnya antara pasangan selebriti yang mempunyai peminat tersendiri. Selamat bergelar pasangan suami isteri pada Mac lepas, ramai yang menanti ‘khabar gembira’ daripada mereka supaya dapat menambah ahli baru dalam keluarga.
Selepas beberapa ketika bermain teka-teki, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi menerusi perkongsian masing-masing di Instagram.

Keduanya menulis kapsyen ringkas dengan mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas rezeki yang diberikan kepada mereka. Pasangan ini juga memohon agar segala urusan mereka dipermudahkan. Susulan daripada perkongsian tersebut, Intagram Ernie dan Syamel ini telah menuai ucapan tahniah daripada rakan selebriti, kenalan rapat serta peminat yang sentiasa mendoakan mereka.

Tahniah Ernie Zakri dan Syamel. Sebelum ini, penyanyi Ernie Zakri pernah menafikan desas-desus yang mendkwa dia kini sedang berbadan dua. Nampak baby bump?
Bagaimanapun lain pula cerita hari ini. Hantaran video yang dimuat naik di Instagram (IG) Ernie seakan mengukuhkan dkwaan tersebut benar apabila jelas memperlihatkan ‘baby bump’. Walaupun dalam rakaman itu pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri memilih mengenakan pakaian warna hitam namun ia tidak dapat menutupi sosok tubuhnya.
Kawan selebriti pecah lubang. Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula tinggalkan komen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan Ernie dan suami, Syamel dipermudahkan Allah.
@elfiraloy: I can see already, ahhh cute! @idayuofficial: Jalan slow slow adik ye. “@adeldraadell: Baby bump ke tu? “@azreennnnnnnn_: Kalau kata buncit tipulah.. Sis Erni ni kecik molek orangnya.. Takkan buncit macam tu.. mesti ada something ni.
Terdahulu, menerusi satu temu ramah pada 26 Ogos, pasangan sejoli ini menyatakan mereka tidak akan berahsia sekiranya mempunyai khabar gembira. Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncah Alam, Selangor. Sumber : https://livenewszone.com via
