“Kami dikelilingi pengumpat, pencel4” -Tak Tahan, Giliran Ibu Puteri Balqis Bersuara

Business

“Kami dikelilingi pengumpat, pencel4” -Tak Tahan, Giliran Ibu Puteri Balqis Bersuara

PETALING JAYA – Ibu kepada pelakon Puteri Balqis, Norashikin tampil bersuara mempertahankan anaknya selepas dikecam hebat kononnya telah terpesong jauh daripada landasan agama.

“Kami dikelilingi pengumpat, pencel4” -Tak Tahan, Giliran Ibu Puteri Balqis Bersuara



Norashikin atau nama sebenarnya, Norashikin Mohd. Aziz menjawab teguran daripada seorang ustaz mewakili para netizen yang sejak minggu lalu tidak berhenti mengkritik dan mempersoalkan imej Puteri Balqis sehingga ada yang menyelar pelakon muda itu sebagai remaja bermasalah.

ARTIKEL MENARIK:Teruk dikritik hingga dikatakan terpesong jauh dari landasan agama. Akhirnya ibu Puteri Balqis tampil bersuara.
loading...


“Salam kepada Ustaz Sulaiman. Terima kasih DM (mesej peribadi) anak saya Puteri Balqis. Illuminati? Liberal? Underground? Serta pelbagai lagi spekulasi. Pastinya kami punya pengetahuan tentang semua itu. Tapi untuk menjadikan semua itu cara hidup kami, 200 peratus jauh sekali.

“Malah kami tidak berminat untuk berstu dalam sesebuah organisasi. Paling ‘havoc’ kami Cuma pergi ke kedai mamak sahaja. Malah saya sendiri amat tidak menyukai tempat yang dipenuhi manusia,” jelas Norashikin menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan dalam InstaStory milik Puteri Balqis,

Menjawab tentang tuduhan tentang keluar daripada ajaran Islam kerana dipengaruhi golongan Kristian, Norashikin menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali membiarkan perkara itu dilakukan oleh Balqis.


NORASHIKIN (kiri) tidak akan membiarkan Balqis melakukan kesalahan sama seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Biarpun mengakui diri sendiri banyak kekhilafan termasuk mencacah tatu pada badan, Norashikin bertegas tidak akan membenarkan anak perempuannya melakukan kesalahan sama seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini. Norashikin bagaimanapun tidak memperincikan apakah kesilapan silam yang pernah dilakukannya.

“Setiap agama itu mempunyai keindahan masing-masing. Tidak akan sesekali anak muda bernama Puteri Balqis itu keluar daripada agamanya. Zahirnya saya sebagai ibu itu nampak bertatu, liar, dark (dalam kegelapan), tapi mana mungkin saya akan membiarkan anak saya mengulangi kesilapan saya.

“Pastinya saya akan jaga dengan penuh kasih sayang. Sebelum ini saya berdiam diri kerana apabila saya bercakap, orang kata ibu masuk campur. Bila anak bercakap, sama sahaja jadinya,” katanya.

Ujar Norashikin lagi, dia mengakui bahawa kehidupannya dikelilingi dengan persekitaran yang tidak baik dek kerana manusia-manusia yang suka bercakap belakang.

“Ya. Kami di sekeliling kami penuh dengan pengumpat dan pencela. Kami lari daripada golongan manusia yang selepas sujudnya, selepas meraung berdoa, lalu mereka kembali berkumpul menghina sesama manusia,” jelas Norashikin.

Bahkan, wanita itu juga menolak dakwaan bahawa Balqis yang kini berusia 14 tahun terjebak dengan ikutan (trend) anak-anak muda masa kini seperti pengaruh daripada media sosial, TikTok.

“Anak saya tidak bergantung pada mana-mana trend terutamanya dalam TikTok. Mengapa tidak anak-anak mereka. Maaf jika sensitif. Nama sahaja bertudung, tapi bergoyang sakan di TikTok.



“Bertudung, tetapi tidak malu segan bercium di TikTok,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, Norashikin juga melahirkan rasa kesal apabila pelakon yang terkenal menerusi drama Akulah Balqis itu dihina kerana tidak mendapatkan pendidikan normal di sekolah berbanding anak-anak orang lain.

Norashikin menegaskan bahawa, Norashikin berkata bahawa dia serta anaknya masih insan yang sama, namun memilih untuk menjadi manusia keseorangan (solitude) kerana keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

“Kami percaya ramai yang seperti kami. Menghindarkan diri daripada manusia-manusia, tetapi mencari manusia yang indah sifat mereka untuk dijadikan sahabat.

“Jika ada terbnampak kami di mana-mana, datang sahaja pada kami tanpa mengasari kami, agar kami tahu kami masih lagi dikasihi manusia lain,” ujarnya.

Terdahulu, nama Puteri Balqis serta ibunya menjadi topik hangat bualan netizen apabila dikatakan telah tersasar jauh daripada landasan agama Islam.

Penampilan pelakon yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu turut menarik perhatian apabila berkongsi foto memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak dalam Instagram miliknya.

Bahkan, netizen turut mempersoalkan penampilan ibunya yang dilihat mempunyai tatu di kedua-dua tangannya.

“Tvhan Memahami, Kenapa Nak HaIang Cinta Sejenís?” Puteri BaIqis

Nama Puteri Balqis kembali disebut selepas menitip pesanan di Instastories ditujukan khas buat ha.ters yang pernah mence.muh dia dan ibunya suatu ketika dahulu.

Beberapa siri hantaran dalam sesi soal jawab di Instastories terkini menarik perhatian penulis.

Antaranya adalah pendapatnya terhadap Muslim yang meminati kaum sejenis.

“Tuhan itu dwibahasa, jadi Dia memahami pelbagai bentuk kasih sayang.

“Terlalu banyak kebe.ncian disebarkan, kenapa nak halang cinta terakhir ini?

“Percaya pada Sang Pencipta, kalian wujud untuk berkasih sayang,” jawabnya.

Kredit foto: IG

Masih ingat perkongsian hidupnya menerusi program Bersamamu TV3? Dia menegaskan bahawa dirinya tidak pernah meny.esal kerana dari situlah dia mengenali siapa kawan, siapa la.wan.

Kredit foto: IG

Puteri Balqis turut berkongsi keadaan kesihatannya terkini yang masih dalam proses untuk sembuh, namun sudah berhenti mengambil st.eroid dan u.bat-u.batan sebaliknya beralih kepada ra.watan berasaskan bahan semula jadi.

Kredit foto: IG

Kenapa nak larang cinta h.omos.eks.ual? Lain macam betul Aqish sekarang!

sumber: kosmo viaTrending Sangat


-----------------------------------------------------------------