Akhirnya dah jumpa pengganti. Iqbal kini rapat dengan penyanyi Indonesia dan ini sebabnya boleh terpikat.

Business

Akhirnya dah jumpa pengganti. Iqbal kini rapat dengan penyanyi Indonesia dan ini sebabnya boleh terpikat.

Iqbal mahu mengenali Indah terlebih dahulu kerana enggan bagi harapan. Tindakan usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli memuat naik foto dan video bersama seorang gadis di laman Instagram mengundang pertanyaan netizen yang mahukan kepastian adakah benar dia kini sudah menemui cinta baharu di Indonesia.

Akhirnya dah jumpa pengganti. Iqbal kini rapat dengan penyanyi Indonesia dan ini sebabnya boleh terpikat.



Tampil menjawab persoalan itu, Iqbal, 27, menjelaskan dia kini sedang mengenali seorang wanita yang juga merupakan penyanyi sedang meningkat naik di negara seberang bernama Indah Nevertari.

ARTIKEL MENARIK:Gelar Anuar Zain Gay, Ziana Zain Anggap DSV Biadap!
loading...


Kata Iqbal, hubungan mereka mula akrab sejak dua minggu lalu dan mengakui selesa bersahabat dengan juara program realiti nyanyian Rising Star Indonesia musim pertama itu.


Iqbal selesa berkawan dengan Indah.

“Kami sekarang sedang kawan-kawan, boleh dikatakan kawan rapat. Kami bertemu di sebuah studio rakaman di Jakarta. Selepas saya post foto dan video bersama di Instagram memang ramai yang mesej mendoakan agar hubungan kami ini ke fasa seterusnya. Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi sebab saya lebih selesa berkawan dahulu, tak naklah baru kenal terus ajak bercinta, saya pun dah beritahu awal-awal mahu bersahabat dahulu supaya tak nampak macam bagi harapan. Tak perlu la nak tergesa-gesa tentang cinta sebab saya percaya soal jodoh sama ada cepat atau lambat pasti akan tiba juga… buat masa ini saya sangat selesa berkawan dengan Indah di sini,” katanya. Sebelum itu menerusi Instagram milik Indah, penyanyi itu meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang sahabat yang baik dan memahami perjuangannya dalam industri seni.

Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat


Iqbal berada di Indonesia bagi urusan kerja sejak dua bulan lalu.

“Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan Innev (nama panggilan Indah) dengan seseorang yang sangat baik, rendah diri dan memahami setiap perjuanganku. Aku berjanji akan selalu membuatkmu gembira. Terima kasih kamu yang tampan Iqbal,” tulis Indah. Sementara itu, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ini memberitahu dia terbuka hati untuk mengenali Indah kerana sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi berusia 29 tahun itu.

“Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat. Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama. Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat… Indah juga bukan orang yang materialistik atau memandang harta benda. Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu,” ujarnya. Sumber: Mstar

Sebelum Ni Iqbal Nak Dekati Rossa. Tak Boleh Berdiam Sekali Rossa Tampil Bersuara Bongkarkan Sesuatu Pasal Ni Buat Iqbal Terdiam.

“Siapa lelaki itu yang mahu kenal lebih dekat dengan saya?” Demikian reaksi spontan penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa, 43, ketika ditanya komennya terhadap hasrat usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli, 27, yang ingin cuba mendekatinya.

Rossa yang ditemui ketika sidang media secara virtual single terbaharu berjudul Terlalu Berharap berkata dia tidak mengenali Iqbal dan berfikir-fikir apakah mereka pernah berjumpa sebelum ini. Apabila dimaklumkan Iqbal ada berjumpanya ketika hadir di tayangan perdana filem Love Knots di Jakarta, baru-baru ini, Rossa mengakui dia memang ada bertemu seseorang dari Malaysia yang minta bergambar dengannya.

“Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu (ketika hadir di acara tayangan perdana filem) memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama. “Saya okey saja jika peminat minta bergambar dan sesudah itu terus berlalu. Kami tak bercakap apa-apa pun, kerana saya fikirkan dia hanya peminat,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani berkata dia tiada masalah sekiranya ada individu yang berminat ingin berkenalan dengannya. “Kalau sekadar mahu kenalan tidak apa-apa. Saya okey saja kerana boleh bersahabat seperti rakan-rakan yang lain juga,” katanya.

Rossa yang sudah 12 tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal berkata dia kini selesa dengan hidup solo dan hubungan cinta bukan keutamaan baginya. “Soal jodoh, saya lebih selesa serahkan kepada Allah kerana Dia Maha Tahu. Lagi pula, saya yakin jika ada jodoh buat saya suatu hari nanti, pasti tiba masanya.

“Saya tidak menutup hati untuk menerima cinta, tetapi sekarang saya memang masih sendiri dan tidak berkawan rapat dengan sesiapa pun,” katanya. Rossa yang sangat merindui Malaysia berkata sudah lebih dua tahun tidak berkunjung ke negara ini dia terlalu rindu untuk bertemu rakan-rakan, peminat dan menikmati kulinari enak seperti nasi kandar, roti canai dan teh tarik.

Terdahulu, Rossa yang popular dengan lagu Pudar dan Ayat-Ayat Cinta pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo pada 2004. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan, 15. SUMBER: HMETRO

Lepas Iqbal Kali Ni Giliran Ds Vida Pula Bakal Lancarkan Single Terbaru. Terkejut Rupanya Lagu Tu Ditujukan Pada Iqbal.




Nampaknya selepas usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli melancarkan lagu Hujan, giliran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida pula bakal melancarkan single baru. Menurut Vida, dia mengakui terkesan dengan lagu dikeluarkan oleh Iqbal yang menceritakan tentang kisah percintaan mereka dan memilih untuk berdiam.

“Sebenarnya bila Iqbal keluarkan lagu, saya berdiam je. Sekarang ni cakap banyak pun tak guna jadi saya nak keluar lagu dan menjawab segala apa yang kau (Iqbal) kata. “Apa yang kau lirikkan dalam lagu itu, kali ini dengar saya pula punya. Ini jawapan yang perlu ada dalam lagu saya sehingga orang menangis,” katanya.

Mengambil pendekatan untuk meluahkan isi hatinya dalam sebuah lagu yang ditujukan kepada Iqbal, Vida berkata dia mahu semua yang mendengar merasakan kesedihannya. “Saya akan membawa lagu balada kali ni penuh dengan sentimental with love yang akan mengungkap kesedihan saya, saya nak anda semua rasakan,” katanya. Terdahulu, Vida berkata dia yakin bahawa Iqbal tidak akan dapat cari pengganti sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.

Rindu DSV Tak? Ini Jawapan Padu Iqbal! – “Semestinya Tidak Mudah Untuk …”

Umum mengetahui kisah cinta tak jadi usahawan yang kini bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli dan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV). Putus belum sempat ke jenjang pelamin, ramai yang turut berduka dan kecewa atas gagalnya hubungan yang cuba dibina pasangan itu. Bagaimanapun, kedua-duanya masih terbuka dan berlapang dada menerima ketentuan takdir yang tidak menemukan mereka bersama.

Buktinya, Iqbal tampil menjawab soalan yang diajukan pengikutnya mengenai DSV di Instagram pada Sabtu. Ditanya adakah Iqbal masih merindui DSV, ini jawapannya! “Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama. Saya serahkan kepada Allah.

“Cuma untuk toleh ke belakang, pasti tidak,” tegasnya. Iqbal juga mengakui akan membuka hatinya untuk mengenali lebih ramai wanita selepas ini tanpa meletakkan harapan tinggi. “Saya perlu bukakan hati untuk kenal dengan ramai orang tanpa menaruh harapan tinggi dan tidak memberi harapan.

“Usia saya sudah 27 tahun terasa mahu ada anak sendiri. Sekarang saya terbuka untuk kenal sesiapa sahaja. “Tetapi tidak mudah jumpa yang tepat kerana saya juga ada kekurangan,” tambahnya. Iqbal yang pernah menjadi pembantu peribadi DSV mula menjadi buah mulut ramai apabila kedua-duanya mula mengakui hubungan yang terjalin dan mendedahkan bakal berkahwin pada Disember tahun ini.

Selain membuat pemeriksaan kesuburan, DSV dan Iqbal juga sudah bersiap sedia menempah persiapan perkahwinan namun hubungan mereka mendapat tentangan daripada anak DSV, Cik B. Kontroversi terus berlarutan apabila DSV muncul ke kediaman Iqbal seawal 3 pagi bagi memujuk jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu serta menghadiahkan sebentuk cincin. Iqbal juga pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu DSV merupakan wanita pertama dan terakhir yang ‘disentuhnya’, namun enggan memperincikan maksud kata-katanya itu.

Masih Belum Sedia Nak Terima Wanita. Iqbal Luahkan Rasa Sunyi. Terkejut Bila Tiba Tiba Dia Nak Ambil Anak Angkat.

Selepas mendedahkan jumlah gaji sebenar yang diterima daripada Datuk Seri Vida, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli kembali dengan episod baharu apabila meluahkan hasrat ingin mengambil anak angkat. Iqbal, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa sekiranya diberi peluang untuk menjaga anak angkat.

“Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi. “Baru-baru ini ada orang hantar gambar wanita hamil yang tiada bapa, jadi saya rasa kasihan dan terfikir untuk ambil anak angkat. “Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirkan tentang anak angkat,” katanya kepada mStar. Terdahulu, Iqbal menerusi Instastory berkongsi foto seorang wanita Indonesia yang s4rat mengandung.

Sementara itu, bercakap soal jodoh, Iqbal berkata, dia masih belum terbuka hati untuk mengenali mana-mana wanita selepas hubungan percintaannya dengan Vida terputus di tengah jalan. “Kalau fasal wanita tu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia. “Tapi nak kenal bukan bermaksud nak kahwin saya hanya nak berkenalan sahaja. Tapi kalau memang dah jodoh saya, saya tak boleh nak tolak.

“Saya tak sampai hati tengok dia ditinggalkan suami. Jadi saya sanggup jaga anak dia sebab nampak air muka dia lembut dan baik,” ujarnya. Tambah Iqbal, soal kewangan dia yakin mampu untuk menyara dan membesarkan anak tersebut sehingga dewasa. “Dari segi kewangan dan menyara hidup anak dan si ibu saya rasa mampu,” ujarnya. Sumber: Mstar

Ada Yang Pertikaikan Mampu Ke Ds Vida Nak Gajikan PA Baru 5k Sebulan. Sekali Ds Vida Terus Bongkarkan Berapa Gaji Iqbal Masa Jadi PA Dia Dulu.

PERKONGSIAN usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang mencari pembantu peribadi dengan menawarkan gaji RM10,000 menarik perhatian warganet di laman sosial. Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, sehingga kini dia menerima hampir 60 resume yang membuat permohonan menerusi emel.

“Setakat ini dalam emel dah ada lebih 50 atau 60 resume, kalau mesej peribadi (DM) ada lebih kurang 100. “Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula.

“Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi,” ujarnya kepada mStar. Dalam pada itu, Vida berkata, dia berharap calon PA yang bakal bekerja dengannya perlu sentiasa bersedia dan berketrampilan kerana bakal menggantikan dirinya menghadiri mesyuarat.

Sementara itu, Vida berkata, jumlah RM10,000 yang diiklankan bukanlah hanya sembang kosong atau ‘scam’, sebaliknya dia boleh memberi jumlah yang lebih tinggi jika mampu melakukan tugas dengan baik. “RM10,000 tu sebagai geli-geli je bab gaji tu you kena perform lebih dari itu you boleh dapat tau. “Saya bukan ‘scam’, boleh dapat lebih daripada RM10,000… saya boleh beri RM50,000 tapi kenalah pandai buat kerja,” ujarnya.

DSV DEDAH BERAPA GAJI DIA BERI IQBAL DULU

Vida turut mendedahkan dia membayar gaji bekas PA terdahulu iaitu ahli perniagaan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli kira-kira RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan. Sebelum ini, Vida pernah merancang untuk berkahwin dengan Iqbal, namun percintaan mereka terputus di tengah jalan. Sumber : MSTAR ONLINE viaEra Kini



-----------------------------------------------------------------