Pelawak dan pelukis popular, Imuda, isteri dan dua orang anaknya dij.angkiti CvdI9 sejak Ahad lalu. Sedikit info, Abdul Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda merupakan seorang pelukis, pelakon, pelawak, penyanyi, dan pengacara Malaysia.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama dengan rakan sekerjanya iaitu Sabri Yunus. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Imuda menerusi perkongsian di akaun Facebook sambil meminta peminat mendoakan kesi.hatan beliau sekeluarga.
ARTIKEL MENARIK:Baru je Sharifah Sakinah umum dah kahwin sampai terpaksa rahsiakan. Sekali ini pulak reaksi Sharifah Shahirah.
“Salam semua mohon doakan kami sekeluarga yang telah dij.angkiti CvdI9 bermula dengan saya pada Ahad lepas. Kemudian semalam isteri dan anak-anak iaitu Rayyan dan Zara pula,” tulis beliau.
Menurut Imuda, beliau sehingga kini tidak mengalami sebarang gejala manakala isterinya pula berhadapan dengan sakit tekak. Tambahnya, anak lelakinya juga tidak bergejala teruk kecuali anak bongsunya yang mengalami d.emam panas.
Kata Imuda, beliau dan keluarganya kini sedang menjalani k.uarantin di rumah mentuanya di Pulau Pinang. “Saya tidak bergejala langsung isteri hanya mengalami tekak kering tapi pagi ini sudah sihat, Rayyan pula demam sekejap saja dan ada batuk-batuk sikit semalam. Hanya Zara anak bongsu saya alami d.emam panas sangat masa tidur kejap-kejap bangun dan badan panas sangat, menangis sakit kepala. Mohon doakan kami sekeluarga sembuh secepat mungkin. Amin,” ujarnya.
Reaksi Orang Ramai
Didoakan semoga keluarga abg imuda lekas sembuh dan dilindungi oleh Allah swt dari segala penya.kit yang memudaratkan. Amin ya rabbal alamin tq semua yg mendoakan saya dan keluarga saya ya doakan yg sama dr kami sekeluarga utk anda semua amin2. Semoga dipermudahkan urusan & diberikan kesembuhan buat keluarga. Kredit : MG
Muat Naik Gambar Serba Hitam. Daiyan Trisha Mohon Maaf Dan Minta Doa Dari Peminat Bila Disahkan Positif Cov19.
Pelakon jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan Daiyan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
“Salam semua, berat hati untuk saya beritahu yang saya telah disahkan positif Covid-19.
“Saya pada awalnya menjadi kontak rapat dengan seseorang daripada pihak produksi yang disahkan positif pada Khamis.
“Bila saya dapat tahu, saya ketika itu masih negatif, tapi Daiyan tak sedap badan dan kebetulan saya ada satu majlis semalam.
“Jadi saya terus buat test pagi semalam dan keputusannya positif,” katanya.
Jelas Daiyan, sejak itu dia terus mengamalkan kuarantin kendiri di rumah.
“Simptom saya tidak terlalu serius, cuma mengalami pening kepala, sakit tekak tetapi ia tidak teruk atau apa-apa lagi dan saya masih dalam keadaan baik, alhamdulillah
“Saya mohon maaf kepada mereka yang menjadi kontak rapat, silalah buat ujian swab segera. Minta maaf sekiranya menyusahkan semua.
“Doakan Daiyan cepat pulih. Daiyan bersyukur atas ujian ini dan daiyan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.
Daiyan juga berharap peminatnya untuk tidak bersedih dan risau tentang dirinya.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Daiyan Trisha dan rakan industri memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar dia sembuh segera.
Kongsi Gambar Berhijab. Ramai Warganet Doakan Daiyan Trisha Terus Istiqamah.
Kuala Lumpur: Perkongsian penyanyi Daiyan Trisha, 27, menerusi sebuah gambarnya berhijab mencuri perhatian ramai sekali gus tertanya sama ada dia sudah berhijrah.
Bagaimanapun, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menjelaskan penampilan itu hanya untuk sebuah sesi fotografi dan berterima kasih atas doa baik-baik ramai.
“Ini adalah daripada sebuah penggambaran. Saya masih belum berhijrah tapi terima kasih untuk doanya,” katanya.
Gambar dimuat naik menerusi Instagram itu mendapat lebih 178,000 tanda suka. Malah, Daiyan turut meletakkan kapsyen ‘bismillah assalamualaikum’ pada hantaran berkenaan.
Rata-rata pengikutnya yang meningalkan komen tumpang gembira dengan hantaran itu. Mereka memuji Daiyan kelihatan cantik mengenakan hijab.
Tidak kurang, ada juga yang turut bertanya penampilan terbabit adalah untuk projek apa.
Baru-baru ini, Daiyan melancarkan lagu baharunya berjudul Penat. Single itu mendapat sambutan hebat berikutan melodi serta liriknya sangat menyentuh.
Menurutnya, lagu Penat dihasilkan selepas dia patah hati dan merasa penat dengan banyak perkara. Sumber: msn.com
Baru Melalui Episod Putus Cinta Emosi Dan Mental Tidak Stabil. Pandemik Buat Daiyan Trisha Penat.
MELIHAT wajah manisnya yang sentiasa tersenyum dan sikap cerianya, siapa sangka, jiwa penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha sedang berperang selepas melalui episod putus cinta sekitar dua bulan lalu.
Bertambah parah apabila peristiwa sedih tersebut berlaku ketika seluruh negara sedang bergelut dengan peningkatan angka kes Covid-19. Terpaksa berkurung di rumah dan melaluinya bersendirian menyebabkan emosi dan mentalnya tidak stabil.
“Emosi dan mental saya tidak stabil ketika itu kerana putus cinta serta terpaksa melaluinya sendirian.
“Perasaan saya waktu itu bukan sakit atau patah hati, tetapi lebih daripada itu. Perasaannya lebih dalam dan tambah menyakitkan buat saya,” ujar Daiyan membuka lipatan hati.
Wanita berusia 28 tahun itu bagaimanapun enggan memperincikan bagaimana hubungan cinta tersebut terputus dan menyifatkan mereka tiada jodoh.
“Saya tidak mahu bercerita lanjut tentang hubungan yang terputus, bekas kekasih saya juga bukanlah artis,” katanya.
Daiyan bagaimanapun mengakui dia menulis lagu buat bekas kekasih bagi merawat hati yang sedang galau. Bukanlah tidak boleh melupakan, sebaliknya menulis adalah terapi terbaik untuk menenangkan diri.
“Biarpun orang nampak saya okey dalam Instagram, tetapi sebenarnya itu hanya luaran. Emosi dalaman yang berkecamuk, hanya saya merasainya.
“Menulis umpama oksigen untuk saya. Jadi, menulis merupakan cara paling berkesan untuk merawat hati, buat saya tenang dan okey. Hasil daripada perang emosi dan jiwa itu maka terhasil lagu Penat,” kongsi Daiyan lagi tentang inspirasi single baharunya.
Tanpa kekasih dan belum bersedia untuk kembali bercinta dengan mana-mana lelaki, namun sudah ada warganet yang cuba ‘menjodohkannya’ dengan dengan pelakon Aedy Ashraf.
Daiyan dan Aedy sebelum ini pernah bergandingan menerusi drama bersiri popular, Projek: Anchor SPM.
Mengulas mengenai perkara tersebut kata Daiyan: “Saya rasa perkara itu lucu.”
Terdahulu, dalam aplikasi TikTok tular sebuah video yang dimuat naik peminat menunjukkan reaksi Aedy ketika ditanya mengenai Daiyan.
Dalam video berkenaan, jelas wajah Aedy kelihatan kekok saat diajukan soalan tersebut dan dihimpit pertanyaan beberapa rakannya yang turut serta dalam sesi secara langsung itu termasuklah pelakon, Elfira Loy.
Bekas pengacara program Muzik-Muzik itu tidak menafikan dia dan Aedy bersahabat baik, tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada kawan.
“Saya dengan Aedy ialah sahabat baik. Memang saya ada nampak komen-komen warganet, tetapi saya tak bersedia untuk apa-apa (hubungan),” kata Daiyan.
Inspirasi
Menyambung bicara tentang single terbaharunya yang berjudul Penat, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin itu mengakui single tersebut diinspirasikan daripada episod putus cintanya.
Perasaan pedih dan sakit hati yang dialaminya diluahkan menerusi lirik dan bait-bait lagu Penat yang telah dilancarkan di semua platform digital pada 20 Ogos lalu.
PROSES rakaman lagu dan video lirik Penat yang berlangsung ketika PKP 3.0 hanya dilakukan di kediaman Daiyan. Proses susunan lagu dan suntingan video pula dilakukan secara dalam talian.
Terang Daiyan, disebabkan emosi yang mendalam, dia dapat menyiapkan lagu tersebut dalam tempoh satu jam sahaja.
Sungguhpun begitu, perjalanan penghasilan Penat tidak mudah apabila Daiyan terpaksa berhenti beberapa kali kerana terlalu larut dengan emosi sedihnya.
“Penat merupakan lagu yang paling sukar pernah saya tulis. Walaupun mengambil masa dalam satu jam sahaja, tetapi saya banyak kali berhenti kerana menangis.
“Perasaan sedih, kecewa dan patah hati itu memang membuak-buak dalam diri, jadi emosinya mudah keluar dan sukar untuk dikawal,” tutur Daiyan tentang lagu yang menjalani rakaman di rumahnya sahaja.
Meskipun Penat mendapat inspirasi daripada kekecewaan sendiri, namun definisi lagu tersebut lebih besar mencakupi isu pandemik Covid-19 bukan sahaja menjejaskan dirinya, tetapi juga ramai orang. Semua itu terhimpun menerusi Penat.
“Semua orang penat dan mereka meluahkan emosi menerusi media sosial. Perkara tersebut sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk menulis dan memilih tajuk sesuai. Kita semua berada di lautan yang sama, namun di kapal yang berbeza. Semua orang ada masalah.
LETIH melawan emosi sedih putus cinta, ditambah ketika itu semua orang terkurung di rumah membuatkan Daiyan menzahirkan rasa berat ditanggungnya menerusi Penat.
“Saya mahu membalutkan semua emosi tersebut menjadi satu perkataan yang universal. Penat merupakan satu perkataan cukup berat buat saya dan boleh dikaitkan dengan semua orang yang melalui situasi hampir sama,” ujar Daiyan.
Menyentuh tentang profil muziknya, wanita kelahiran Bangi, Selangor itu mula menyanyi sejak 2013 dan sehingga kini telah meluncurkan 18 buah single.
Ironinya, Penat ialah lagu balada putus cinta bahasa Melayu pertama yang dizahirkannya.
“Saya baru sedar saya tidak pernah menghasilkan lagu balada putus cinta. Paling kelakar, saya baru sedar lagu balada putus cinta merupakan lagu yang sangat popular di Malaysia, tetapi kenapa saya tidak pernah keluarkan lagu sebegitu,” kata Daiyan yang merupakan penggemar muzik Taylor Swift. Kredit -