Dikatakan dipanggil oleh Jabatan Agama, sekali ini punca Pegawai Jawi panggil Ira Kazar

Business

Dikatakan dipanggil oleh Jabatan Agama, sekali ini punca Pegawai Jawi panggil Ira Kazar

Wanita yang dikatakan telah mengganggu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suaminya juga pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini.

Dikatakan dipanggil oleh Jabatan Agama, sekali ini punca Pegawai Jawi panggil Ira Kazar



Difahamkan, ianya bagi membantu siasatan berhubung tindakan sman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu, baru-baru ini. Menurut sumber Harian Metro, kehadiran Ira yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar itu turut ditemani keluarganya.

ARTIKEL MENARIK:'Takkan tunggu saya dah mati baru nak hargai bakat saya?' - Aliff Syukri dakwa dirinya penyanyi no 1 Malaysia sebab lagunya trending di YouTube
loading...




Pihak Jawi ketika dihubungi Harian Metro bagi mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Puteri Sarah, 37, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didkwa kekasih kepada suaminya. Puteri Sarah ketika ditemui di perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.


Menurutnya, tujuan dia membuat tindakan itu adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar dan sekian lama didiamkan selain menuntut keadilan dan memperjuangkan haknya sebagai wanita teraniaya. Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didkwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.


Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendkwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’. Syamsul juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah. Mereka berkahwin 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. Sumber, HMETRO ONLINE

Ramai Yang Dah Tertpu, Ira Kazar Dedah Sesuatu Yang Buat Ramai Masih Keliru Dan Pesan Sesuatu Pada Orang Ramai

“Jangan salah orang.” Itu pesan Ira Kazar yang menegaskan dia hanya memiliki satu akaun TikTok iaitu @irakazar. Dia yang juga anak pelakon Kazar Saisi bagaimanapun mengakui kurang aktif berkongsi perkembangan menerusi platform itu.


“Ya memang tak aktif pun sebab saya pemalas. Jadi, saya malas kemas kini,”ujarnya.



Rasanya, asal ada nama Ira Kazar pun dah cukup untuk warganet serbu dan hentam berjemaah, kan? Sumber, CARI via https://bartasangbad.site/

Tular Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Dah Bertunang, Kini Ira Kazar Pulak Tampil Seolah Olah Beri Bayangan

Sebelum ini, kecoh di rata-rata media sosial khabar angin mengenai pengarah serta pelakon, Syamsul Yusof yang didkwa sudah bertunang dengan Ira Kazar telah menimbulkan tanda tanya orang ramai tentang kesahihan berita tersebut. Baru-baru ini, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu telah memuat naik beberapa hantaran video di laman Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, Ira Kazar dilihat memberi ulasan peribadi tentang filem yang ditontonnya namun secara tiba-tibe seperti memberi hint tentang khabar angin itu.


“I enjoy the movie.. oh by the way, I masih single okay!”

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin telah memaklumkan bahawa dirinya masih single sambil berbisik. Pengakuannya itu sekaligus dapat menjelaskan tentang segala spekulasi yang berlaku. Terdahulu, Syamsul Yusof turut tampil menjawab perkhabaran terbabit dengan berkata dia sedang dalam proses untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga yang sedang dilaluinya dan memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan menyinggungkan perasaan mana-mana pihak. Sumber, BeautifulNara

Kecoh Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Bertunang, Tapi Ini Pulak Reaksi Syamsul Yusof

Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 38, menafikan dia sudah bertunang dengan wanita dikenali Ira Kazar seperti didkwa warganet di media sosial. “Hahaha. Ngaruikk (mengarut).” Itu reaksi Syamsul ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp mengenai dakwaan itu.

Sebelum itu satu hantaran di forum gosip mendkwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang kini hangat dikaitkan dengannya. Menerusi perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.


“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya. Sebelum ini, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira dan usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Syamsul tidak dibalas apabila dia berdiam diri. Bagaimanapun, ketika pratonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan baru-baru ini, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 68, ketika ditemui enggan masuk campur berhubung desas-desus berkaitan perkahwinan yang timbul itu.

“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada media pada majlis itu. Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3. Sumber, Hmetro Online


Kredit -Era Kini



-----------------------------------------------------------------