Acik M4el ‘On Tak On’ Maut Terlibat Kemalang4n Di Port Dickson

Business

Acik M4el ‘On Tak On’ Maut Terlibat Kemalang4n Di Port Dickson

Faizee Azmee, 47, yang lebih dikenali dengan nama Acik Mael dalam kalangan pengguna media sosial melalui tagline ‘On tak On’ maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, di sini petang semalam.

Acik M4el ‘On Tak On’ Maut Terlibat Kemalang4n Di Port Dickson



Memetik Utusan Malaysia, mangsa mengalami cedera parah di kepala namun dilaporkan meninggal dunia pada pukul 8.38 malam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.

ARTIKEL MENARIK:Bayi terlibat kemalangan jalan raya meninggal dunia
loading...


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kemalangan pada pukul 4.57 petang itu melibatkan sebuah motosikal jenis C100 ditunggang mangsa dan masing-masing sebuah kereta Perodua Bezza serta Perodua Aruz.


Sumber Gambar: FB Dharish Meleyana Autopart



“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta Perodua Aruz dipandu seorang anggota tentera lelaki berusia 30 tahun dalam perjalanan ke rumahnya di Kem Garison, Si Rusa.

“Apabila sampai di tempat kejadian, ketika Perodua Aruz itu bergerak terus tiba-tiba sebuah kereta Perodua Bezza dipandu anggota tentera wanita dan sebuah motosikal ditunggang mangsa keluar dari simpang arah Telok Kemang.

“Pemandu kereta Perodua Aruz tidak sempat menekan brek lalu melanggar bahagian kanan motosikal menyebabkan mangsa melambung, kemudian terjatuh di bahagian bampar kereta Perodua Bezza sebelum terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Aidi, kemalangan mengakibatkan Faizee mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, pada pukul 8.38 malam pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kataa.


Kredit -Article Update



-----------------------------------------------------------------