Sejak akhir-akhir ini tular dengan perkongsian pelbagai video yang memaparkan seorang lelaki ‘kacak’ berkulit putih, memakai serban dan berjubah di sosial media. Difahamkan lelaki itu berasal dari Morocco dan dia menjadi tular selepas dijemput ke beberapa majlis agama di Malaysia.
Kehadirannya sering menjadi tumpuan dan dihormati ramai kerana didakwa keturunan Nabi Muhammad SAW. Malah ada beberapa video yang menjadi perhatian ramai apabila layanan diberikan sangat istimewa kepada lelaki ini.
ARTIKEL MENARIK:Ibu tebal muka rayu ATM bawa anak hamil ronda-ronda naik kereta kebal… ‘Mak buyung’ punya drama sampai muntah 3 kali!
Walau bagaimanapun, hari ini kecoh pula bila satu Jabatan Agama sahkan wujud keraguan lelaki dakwa keturunan Nabi Muhammad ini. Perkara tersebut menjadi bualan warganet dan ada yang mengakui sudah menganggak mengenainya.
Difahamkan satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK) mengenai isu ini dan telah tular di sosial media.
Dalam muat naik kenyataan tersebut, ditulis bahawa wujud keraguan lelaki dakwa cicit Nabi Muhammad ini. Malah lelaki tersebut dikaitkan dengan beberapa isu dan kontroversi di Morocco. Namun maklumat awal tidak dapat disahkan berikutan maklumat amat terhad kerana bukan bergerak di Malaysia dan bukan warganegara.
Malah menerusi sebuah laporan dari Sinar Harian, Pengarah JAHEIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh menegaskan semua pihak perlu menyemak terlebih dahulu kesahihan latar belakang individu dakwa dari keturunan Nabi Muhammad SAW sebelum menganjurkan program.
Tambahnya lagi ini bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada umat Islam di Malaysia.
Kredit -Himpunan Cerita Lawak.