“Nanti kakak masuk neraka seorang ke?”- Ibu dedah cerita di sebalik kejadian, anak tak sengaja ‘t1kam’ adik

Business

“Nanti kakak masuk neraka seorang ke?”- Ibu dedah cerita di sebalik kejadian, anak tak sengaja ‘t1kam’ adik

MENYAYAT hati insiden tragis minggu lalu yang membabitkan dua beradik, apabila salah seorang daripada mereka mavt selepas terkena p1sau yang dibaling kakaknya.

“Nanti kakak masuk neraka seorang ke?”- Ibu dedah cerita di sebalik kejadian, anak tak sengaja ‘t1kam’ adik



Ramai bersimpati dengan nasib keluarga itu yang bukan sahaja kehilangan seorang anak lelaki berusia 16 tahun, malah seorang anak perempuannya berusia 18 tahun pula direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

ARTIKEL MENARIK:WhatsApp ‘trending’, jadi ejeken dunia
loading...


Ibu kepada m4ngsa dan svspek itu berkongsi cerita mengenai insiden yang berlaku di rumah mereka di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di Iskandar Puteri.

Menerusi temubual bersama wartawan 999, program di TV3, ibu kepada dua beradik itu mendedahkan bahawa kejadian bukan disebabkan oleh perebutan kerusi sebagaimana yang didakwa banyak pihak.

“Bukan berebut kerusi, tetapi kerusi yang dijatuhkan,” katanya.

Keadaan tersebut mencetuskan perbalahan mulut dan provokasi antara mereka, yang berlarutan sehingga selepas pulang dari sekolah.

“Sekejap je tiba-tiba adik keluar. Saya dengar anak nombor 3 saya cakap, ‘Ibu, ibu abang (m4ngsa) dah berd@rah banyak ni.’

“Saya cakap ‘Kakak (suspek) kau dah buat apa ni?‘ Saya panggil kakak keluar sebab takut kakak buat sesuatu kan. Kakak dah macam panik sangat.

“Kakak dah macam, ‘Ya Allah abang apa kakak dah buat ni? Abang maafkan kakak, ibu maafkan kakak, jangan benci kakak. Kakak tak sengaja ni, ya Allah. Ibu, nanti kakak masuk neraka seorang ke? Kita tak sama-sama dekat syurga ke?’,” katanya.


Bagaimanapun kata wanita berkenaan, dia cuba menenangkan anak perempuannya dan memberitahu apa yang berlaku bukan disengajakan.




“Saya cakap ‘Kakak ni tak sengaja, benda ni sangat cepat‘,” katanya.

Tambah si ibu lagi, apa yang berlaku bukan disebabkan oleh tekanan emosi.

“Saya rasa dia tak sengaja. Sebab pisau tu memang dah ada kat situ.

“Mungkin sebab yang ada di situ, dan boleh tercapai adalah pisau.

“Kalau mungkin dia capai buku, saya rasa dia akan ketuk dengan buku, atau mungkin dengan remote TV,” katanya.

Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di Johor Bahru, pada Rabu atas tuduhan tanpa niat menyebabkan kemat1an adiknya, minggu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja berkenaan didakwa menyebabkan kemat1an adik lelakinya yang berusia 16 tahun yang mana dia tahu perbuatannya mungkin menyebabkan kemat1an di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai, jam 1.50 petang, 19 Oktober lalu.

Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap sebulan sekali.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat pada 5 Disember ini.

Pada 19 Oktober lalu, media melaporkan, seorang kakak membaling pisau ke arah adiknya sehingga menyebabkan remaja lelaki itu men1nggal dunia.

Dua beradik itu dilaporkan bergaduh akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, sebelum kakak bertindak membaling pisau ke arah adiknya selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kemat1an mangsa disebabkan tusukan hujung pisau pemotong sayur yang terkena pada saluran darah utama (arteri) di bahagian kanan lehernya sekali gus menyebabkan pendarahan yang banyak.Sumber : mStar


Kredit -Bulletin 50 Times



-----------------------------------------------------------------