Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Business

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes injuksi Ira Kazar yang didakwa melanggar perintah mahkamah.

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah



Memetik Kosmo, pengarah terkenal itu yakin isterinya ada alasan kukuh untuk berbuat demikian apatah lagi Datin Patimah melihat sendiri situasi rumah tangga anak dan menantunya itu.

ARTIKEL MENARIK:“Keluarga Membenarkan Hafidz Kahwin Lagi Tanpa Izin Saya” – Shuhada


“Isteri saya telah beritahu dan meminta keizinan untuk beri keterangan selaku pencelah bagi kes tuntutan yang dikemukakan Sarah kepada pihak ketiga

“Saya akur dengan kehendaknya kerana dia lebih tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Sarah dan Syamsul, tambahan pula dia yang berada di rumah sepanjang tempoh itu.

“Kami bukan mahu menyebelahi sesiapa tetapi andai anak kami terkhilaf, tentu kami berpihak kepada yang benar. Salah tetap salah, sekali pun darah daging sendiri,” katanya.



Dalam pada itu, Yusof berharap tiada kaum Adam tergamak ‘mengangkat’ tangan kepada wanita. Ujarnya lagi, tiada ibu bapa mahu melihat rumah tangga anak- anak berantakan.

“Saya tak boleh ulas lanjut. Dua-dua saya sayang, itu anak, ini menantu. Cuma doa yang mampu saya bersama isteri tadahkan semoga semua ini berakhir dengan baik.

“Percayalah tiada ibu bapa yang mahu melihat rumah tangga anak-anaknya berantakan. Tidak mungkin ada,” katanya.


Kredit -
rotikaya

-----------------------------------------------------------------