“Keluarga Membenarkan Hafidz Kahwin Lagi Tanpa Izin Saya” – Shuhada

Business

“Keluarga Membenarkan Hafidz Kahwin Lagi Tanpa Izin Saya” – Shuhada

Selepas pelakon Hafidz Roshdi memuat naik surat terbuka panjang buat Nurul Shuhada, giliran isterinya pula tampil membalas menerusi satu perkongsian di Instagram.

“Keluarga Membenarkan Hafidz Kahwin Lagi Tanpa Izin Saya” – Shuhada



Menerusi entri tersebut, Shuhada berkata dia tidak akan mengupas lanjut mengenai kenyataan Hafidz dan segala tindakan dilalukan melalui saluran undang-undang.

ARTIKEL MENARIK:Hafidz Roshdi Beri Tempoh 48 Jam Untuk Shuhada Mohon Maaf


Bagaimanapun, Shuhada berkata kenyataan itu dimuat naik demi melindungi dirinya serta anak-anak.






Menurut Shuhada, dia mengakui dalam perkahwinan ada kelemahan masing-masing.



Namun, dia telah cuba sehabis baik  menjadi isteri termasuklah melupakan hasrat menyambung pelajaran.



Shuhada berkata dia sentiasa menyokong kerjaya Hafidz meskipun adakalanya rumah tangga mereka diuji, namun dia tetap setia bersama pelakon itu.

Namum, baru-baru ini dia diuji dengan kehadiran orang ketiga dan rasa dikhianati apabila semuanya berlaku tanpa pengetahuannya serta mendakwa membenarkan berkahwin tanpa keizinannya.




Dalam pada itu, Shuhada berkata sebagai wanita sudah tentu dia marah, geram, kecewa dan sedih apabila hadirnya orang ketiga.

Namun, dia cuba untuk memberi peluang berbincang sebaliknya dia dikasati sehingga berbekas di hati dan secara fizikal.

Shuhada turut berkata dia tidak diminta untuk diadili, tetap berharap agar kisah yang berlaku dalam hidupnya tidak terjadi kepada orang lain.


Kredit -rotikaya


-----------------------------------------------------------------