Kemelut membabitkan Izreen Azminda dan Intan Liana Salleh nampaknya masih belum berakhir walaupun masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Terbaharu, Intan menerusi laman sosial Instagram (IG)nya memuat naik hantaran mendedahkan telah menerima surat saman daripada bekas suami, Ude Wahid dan pelakon Izreen Azminda.
ARTIKEL MENARIK:Nas Adila Dedahkan Hidap Kanser Payudara – “Doakan Allah Terus Pinjamkan Kekuatan-Nya”
Susulan itu, Intan telah memperkenalkan peguam, Mahmud Jumaat yang bakal mewakilinya kelak.
“Baru-baru ini, Intan Salleh baru sahaja menerima surat tuntutan daripada bekas suami dan isterinya atas terbitan posting yang dibuat dari pihak beliau.
“No problem Intan, saya dan kak Mona Din ada kita jalan terus. Intan pun ada peguam! Kita counter!,” tulis Mahmud pada ruangan kapsyen.
Sementara itu tinjauan BOOM! mendapati, ruangan komen pada hantaran IG Intan dan Mahmud telah menuai perhatian netizen.
Rata-ratanya mahu Intan terus ‘berjuang’ dan tidak takut untuk meneruskan prosiding di mahkamah.
Mereka turut mengecam tindakan bekas suami Intan dan Izreen yang seolah-olah tidak habis-habis mencari masalah.
Selain netizen, bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada turut memberikan kata-kata semangat buat Intan.
“Come on Kak Intan, Shu ada dekat sini berdiri sebelah Kak Intan juga. Allah maha mengetahui setiap perkara,” tulis Shuhada yang telah mendapat hampir 2,000 tanda suka daripada pelayar IG.
Terdahulu pada Januari lalu, Intan, Ude Wahid dan Izreen telah berbalas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit.
Ia susulah daripada luahan hati ditulis Intan menerusi Instastory yang berkongsi rasa kurang senang dengan tindakan seseorang yang masih mengganggu dan mengugutnya.
Untuk rekod, Ude pernah berkahwin dengan Intan Saleh pada 1 Mac 2013 dan bercerai pada 22 Mac 2018.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5.
Izreen dan Ude pula mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim, 4, dan Ali Idrees, 2. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.