Kasih ibu membawa ke syurga. Kemahuan untuk memberi yang terbaik untuk anaknya, seorang ibu berusia 53 tahun sanggup meredah perjalanan sejauh kira-kira 50 kilometer menaiki motosikal untuk mendaftarkan anaknya ke universiti.
Jumiati Masud bersama anak sulungnya, Muhammad Izzulhaq Mohamed Hasnan, 19, dilihat hadir bersama bagasi dan beberapa barangan lain ketika sesi pendaftaran di Universiti Sains Malaysia (USM).
ARTIKEL MENARIK:Najib Di Jatuhkan Hukuman Penjara 12 tahun, Ini Kata2 Padu Mat Sabu Buat Ramai Setuju
Kata Jumiati, beliau bersyukur kerana masih dapat memberi keselesaan kepada anaknya untuk menuntut ilmu dalam persekitaran yang kondusif dengan menghantar anaknya ke asrama.
Di rumah, internet tidak begitu baik
Menurut media USM, universiti berkenaan memberi tiga pilihan kepada para pelajar baharu untuk mendaftar, sama ada hadir mendaftar dan pulang bersama waris; atau hadir mendaftar dan tinggalkan barang di asrama atau daftar dan terus tinggal di asrama.
” Saya memilih untuk anak saya tinggal di asrama.
” Biarlah Muhammad Izzul belajar dalam suasana yang terbaik kerana jika di rumah, kemudahan internet tidaklah begitu baik dan kami tiada kemudahan wifi atau sebagainya,” ujarnya.
” Semua ibu akan lakukan yang terbaik untuk anak-anaknya,” katanya yang sanggup meredah perjalanan jauh dari Simpang Empat (Seberang Perai Selatan) dan menyeberangi Jambatan Pulau Pinang untuk ke sana.
” Saya hanya mahu mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan jadi insan yang berguna.
” Saya juga bersyukur dan gembira kerana hasrat Muhammad Izzulhaq untuk melanjutkan pengajian di USM dalam jurusan pendidikan dimakbulkan Allah,” tambahnya.
Jual kuih untuk sara hidup
Kongsi Jumiati, beliau menjual kuih untuk menyara kehidupannya bersama tiga anak.
” Di samping itu katanya, mereka juga bergantung kepada motosikal yang menjadi pengangkutan utama keluarga berkenaan.
” Sebelum ini Muhammad Izzulhaq pernah menerima tawaran dari sebuah universiti di Kuala Lumpur namun kami terpaksa menolak kerana keadaan kewangan tidak mengizinkan,” katanya.
Tambahnya, beliau bersyukur kerana anaknya diterima ke USM yang lebih dekat dan berada dalam negeri yang sama.
Mahu belajar bersungguh-sungguh
Sementara itu, Muhammad Izzulhaq menzahirkan rasa terharu dengan pengorbanan ibunya dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk memberikan kesenangan kepada ibunya.
Pelajar yang mendapat PNGK 3.96 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang itu turut meluahkan kerisauan melihat ibunya pulang sendiri ke rumah mereka.
” Saya juga risau lihat ibu balik sendiri ke Simpang Empat. Namun terpaksa akur kerana ibu tekad dan sanggup bersusah-payah demi saya.
” Saya berdoa Allah permudahkan urusan saya untuk menuntut ilmu di USM,” katanya.
Muhammad Izzulhaq merupakan pelajar Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dan ditempatkan di Desasiswa Restu.
Dia adalah antara pelajar baharu USM yang mendaftar pada hari kedua sesi pendaftaran pandu lalu sidang akademik 2020/2021.
Sebelum ini, USM memperkenalkan pendaftaran pandu lalu kepada semua pelajar baharunya bagi sidang akademik 2020-2021 untuk memastikan keselamatan semua pihak termasuk pelajar susulan penuIaran wa-bak C0VlD-I9.
USM turut memperkenalkan MyDaftar iaitu satu sistem pendaftaran dalam talian yang hanya mengambil masa kurang lima saat.
Bagi pelajar baharu USM yang sudah dalam perjalanan ke kampus dibenarkan mendaftar dengan diberikan tiga pilihan utama iaitu dibenarkan mendaftar dan terus mengikut waris pulang ke rumah; mendaftar, meletakkan barangan di asrama dan pulang serta mendaftar dan terus tinggal di asrama.
Sumber:k0smo bertarikh 3 Oct 2020.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.asiakini.com/
Kredit -Slamber Media